Blogger news


LCD Text Generator at TextSpace.net

Friday, May 6, 2011

Suara Latar Doraemon, Shin Chan dan Slumdunk

Salam, 


Zaman kanak-kanak dulu kita sering menonton cerita kartun seperti Dragon Ball, Slamdunk, Shin Chan dan Doraemon. Pernahkah kita terfikir siapakah suara latar di sebalik kartun-kartun tersebut?


Mari kita melihat, siapakah sebenarnya mereka ini. Zaasss.........


Bagi kartun Shin Chan ianya di merupakan suara seorang kanak-kanak iaitu Arfalie Fikrie Razali yang ketika itu berumur 12 tahun. (yang sekarang wallahualam)




sama tak kami? 


Ha, kat atas ni la adik Fikrie. Diharap adik tak ikut perangai Shin Chan yang tersangat kurang asam tu :DD. He he he.






Baiklah, untuk kartun seterusnya iaitu Doraemon. "Doraemon, boleh pinjamkan pintu ajaib? Sy nak ke rumah Sizuka". Macam-macam yang ada dalam poket Doraemon tu, kecuali TIKUS. He he he


Siapa sebenarnya suara latar disebalik watak Doraemon? Beliau merupakan seorang suri rumah tangga sepenuh masa iaitu Rohaiyah Ibrahim. Nampak sukar untuk membawa watak Doraemon, bukan kerana wataknya yang hebat cuma kerana kita perlu meneran suara seperti yang kita dengar di televisyen. Beliau juga membawa suara latar bagi watak filem Dragon Ball dan macam-macam lagi.


Gambar dia aku dah cari kat pakcik google, banyak benor yang keluar. Tak berani nak ambil takut tersalah orang. Ha ha ha. 




Dan yang terakhir, ialah watak Slumdunk. Anak jantan tengok cerita ni la bagus, ini tidak asyik tengok Asmara ngn Juvana. Apa kes? Hehehe. (gurau je pun) 


inilah Hanamichi Sakuragi 

Kau orang tengok, nama dia pun dah garang. Hanamichi Takdagigi. Peminat rock lu orang semua kena tengok cerita ni beb, kalau lu minat rock cerita ni mesti kena ada dalam list top 10 kau orang. Kat Youtube bersepah lagi, cepat p tengok. 

Sebab apa aku suruh peminat rock p tengok??

Weyh, kau orang tau tak siapa yang pegang watak ni? Lu orang karaoke jamban selalu layan lagu dia ni. Ok2, gua bagi lu orang "klu". Suara dia garau seyh. Tak kan tak kenal lagi kot. 
Ella bukan garau, Ella serak basah beb.  

Ini lirik lagu dia "ku singkap kenangan dulu, sewaktu kasih berputik. Ku gengagam erat tanganmu, kau tunduk sembuyikan wajah" kau orang sambung sendiri.

Yaaa, Aris Ariwatan merupakan suara latar bagi watak Hanamichi Sakuragi. Otai pun layan kartun beb, lu orang yang layan Asmara, Nur Kasih memang tak rock dan tak bujang. 

Berikut kenyataan Aris Ariwatan. 

"Saya hanya masuk studio setiap malam Khamis, tiga hingga empat jam. Sebenarnya karektor Hanamichi tidak jauh bezanya dengan saya, dia gila-gila sikit. Cuma saya kasihan rakan-rakan lain yang terpaksa menunggu saya untuk masuk studi selepas waktu kerja saya di Majlis Perbandaran Subang Jaya. Seronok kerana ini pengalaman baru dan ia tidak membebankan saya. Cuma itulah yang saya katakan tadi, rakan lain terpaksa menunggu saya", katanya yang masih aktif menyanyi di persembahan makan malam.


p/s : siapa tak kenal Aris Ariwatan p search sendiri.






0 rakan berkata-kata:

Post a Comment

Komen yang berserta dengan pautan posting terbaru anda tidak akan di publish. Terima kasih.. Sila komen seperti biasa. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...