sumbangan pok teh google
Salam,
Teknologi umpama duri dalam daging sekiranya kita terlalu menggunakannya dan mengharapkannya membuat sesuatu perkara. Dengan kemunculannya teknologi maka adat kita juga semakin terhapus sekiranya teknologi yang kita guna setiap hari di salah guna.
Di salah guna membawa maksud yang banyak, jika dahulu ketika ada kenduri kahwin keluarga kedua belah pihak akan mengeluarkan sedikit modal untuk membuat kad jemputan yang semestinya dihantar kepada saudara, jiran dan semua yang di jemput.
"Peon, ni aku nak bagi kau jemputan kahwin Sabtu depan. Datang la yer?"kata pak Yuzi. "Amboi kau nih, bini dah ada 3 umur dah lanjut ada hati nak kahwin lagi?"balas pak Peon.
"Kau ni dah nyanyuk ke ape, aku ni udah tua cucu pun dah 9. Aku jemput datang kenduri kahwin anak aku si Poah tu." terang pak Yuzi.
Ye tak ye jugak, kau tu dah tak larat ye dak? Insyallah aku datang." balas pak Peon.
Begitulah situasi dulu-dulu nak menjemput orang kenduri, bukan main meriah lagi mereka bergurau senda dan mengusik.
Zaman sekarang tidak lagi, setiap jemputan perkahwinan dijemput di Facebook sahaja.
"Temah oi, tak kena panggil kenduri rumah pak teh ke?"tanya kak Leha kepada mak Temah.
"Awokk tak kena panggil. Makan gulai tempoyak je di ghomah ni"balas mak Temah.
"Ate, deme takde 'invite' mak Temah dalam Facebook ke?" soal kak Leha lagi.
"Ape jadahnye 'fashbook' tu Leha oii? Ish, tak reti la aku dengan benda alah tu." balas mak Temah.
Tengok, kesian dengan mak Temah. Bukan semua orang tahu teknologi 'fashbook' tu. Kalau kena 'invite' dalam Facebook tapi tak pergi apa hukumnya pula? Mak Temah yang tak tahu guna 'fashbook' tu pun akan berdosa ke?
Kad raya dah makin terhapus, dan tidak mustahil kad jemputan perkahwinan juga akan menerima nasib sedemikian.
ini bukan tidak beradat tapi tidak BERADAB.
siapakah dia? adik-adik tunjukkan gambar ini kepada mereka yang kenal dia ini dan tanya namanya sekali.
admin +Qis+
mungkin banyak lagi yg akan dilupakan...
ReplyDelete