Blogger news


LCD Text Generator at TextSpace.net

Friday, December 18, 2009

Real of Upin & Ipin

The real Upin Ipin telah menjelma..

Watak Upin & Ipin sungguh digemari oleh semua kanak-kanak sehinggakan terbawa-bawa ke kehidupan sebenar..
Tahniah kepada Les copaque kerana berjaya menghidupkan watak Upin & Ipin walaupun ianya hiburan kepada kanak-kanak, namun orang dewasa juga tidak terlepas daripada menonton Upin & Ipin kerana ianya dipenuhi dengan latar belakang desa yang dapat mengembalikan kenangan ketika di desa.
Selain itu,semangat 1Malaysia juga diterapkan di dalam semua episod Upin & Ipin dimana Melayu,India, Cina dan lain-lain dapat hidup aman dalam suasana kampung yang menyegarkan.

Thursday, December 17, 2009

(GOLD MEDAL)Tahniah Malaysia!!!


Skuad bola sepak bawah 23 negara mencipta sejarah Sukan SEA apabila menang emas pertama selepas kali terakhir dilakukan 20 tahun lalu.

Jaringan gol sendiri pemain Vietnam selepas tolakan Norshahrul Idlan Talaha memberikan peluang untuk Malaysia memperoleh emas dalam acara akhir bola sepak lelaki Sukan SEA XXV.

Kali terakhir skuad negara menang emas ialah di Temasya Kuala Lumpur 1989.



nota: sebelum perlawanan aku telah membuat ramalan Malaysia akan mengatasi Vietnam dengan jaringan satu berbalas kosong hasil gol pemain Vietnam sendiri. Mungkin ianya kebetulan...

Wednesday, December 16, 2009

Mengapa Perlu Kahwin??

Udin baru berusia 14 tahun. Dia tahu yang minggu depan kakaknya yang sulung akan berkahwin.

"Kakak... kenapa akak mesti kahwin?" Tanya Udin petah.

"Nanti Udin dah besar, Udin tau sendiri la... ", jawab Kakak Udin.

Nyata Udin tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut.

Esoknya seperti biasa, Udin akan bertandang ke rumah Harun dan Karim apabila balik dari kelas mengaji Quran. Harun dan Karim merupakan sahabat baik dan mereka menyewa sebuah rumah berhampiran dengan rumah keluarga Udin. Mungkin kerana sama-sama masih teruna, Udin selesa duduk melepak di rumah Harun dan Karim walaupun umur mereka jauh berbeza.

Semasa Udin sampai ke rumah bujang tersebut, Harun dan Karim sedang asyik menonton cerita kegilaan mereka, CSI-Vegas.

"Harun, kau tolong garu belakang aku! Aduh, gatalnya!" Pinta Karim.

"Ah, tak kuasa aku! Tulah! Aku suruh kahwin kau tak nak. Kalau tak, boleh gak bini kau tolong garu belakang." Balas Harun pula.

Udin tiba-tiba berasa amat gembira. Kini dia sudah dapat jawapannya.

"Kakak! Saya dah tahu sebab apa kakak kahwin!" Kata Udin dengan girang.

"Sebab apa?" Tanya Kakak Udin.

"Sebab gatal belakang!" Jawab Udin yakin.

Bapa mereka yang terdengar perbualan Udin dengan kakaknya itu menyampuk,

"Salah nak... sebenarnya gatal depan... .

Tuesday, December 15, 2009

23 Perkara "Jangan" Dilakukan






Sesungguhnya di dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapiitulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita. Di bawah ini terdapat 23 perkara-perkara yang jangan dilakukan yang seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri.
1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh Allah S.W.T.

2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar) . Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.

3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah @ sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.

4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan

mewarisi kepapaan.

5. Jangan tidur selepas Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa maka. Nanti makanan yang diamakan adalah dari muntah syaitan.

7. Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan. Takut-takut mati dalam perjalanan.

8. Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

9. Jangan biar mata liar dalam perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

10. Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dai baiknya.

11. Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh dating bila-bila masa.

12. Jangan mengumpat sesame rakan taulan. Nanti rosak silaturrahim.

13. Jangan lupa bergantug harap hanya kepada ALLAH s.w.t dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila Berjaya dan kecewa pula bila gagal.

14. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekahitu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

15. Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.

16. Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah cirri-ciri munafik dan menghilangkan kasih saying orang kepada kita.

17. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana dosa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH s.w.t

18. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.

19. Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana di situlah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.

20. Jangan suka-suka memasang kemenyan kerana itu adalah makanan jin

21. Jangan lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRAHIM dan SALAM ketika masuk ke rumah dikuatiri jin dan syaitan masuk bersama.

22. Jangan memakai tangkal, kerana ALLAH s.w.t tidak sempurnakan agama sesorang itu jika memakai tangkal ini kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kepadaNYA.

23. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata “ JANGAN” sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH s.w.t itu lebih mengetahui.

Monday, December 14, 2009

Ramalan Kitab Hindu Mengenai Nabi Muhammad s.a.w

Kitab tua Hindu telah meramalkan kedatangan seorang yang bernama Narashangsa. Dr Ved Prakash Upaddhay telah menghuraikan dengan detail bahawa Narashangsa itu adalah Nabi Muhammad saw berdasarkan beberapa pembuktian.

1.Narashangsa bermakna Yang Terpuji. Ia sama dengan nama Nabi Muhammad saw atau ahmad yang turut membawa makna Yang Terpuji.

2.Narashangsa dikatakan akan dilahirkan di padang pasir. Nabi Muhammad saw sememangnya dilahirkan di padang pasir.

3.Narashangsa dikatakan amat dikasihi oleh pengikutnya. Stanley Lane Poole dalam Speeches Of Muhammad menjelaskan bahawa Nabi Muhammad saw amata dikasihi pengikutnya.

4.Narashangsa dikatakan akan mendapat wahyu. Nabi saw menerima wahyu daripada langit.

5.Narashangsa dikatakan memiliki personality yang lembut, sama dengan nabi saw.

6.Narashangsa mencegah pengikutnya daripada melakukan dosa. Tugas Nabi saw adalah untuk mencegah daripada perbuatan dosa dan menggalakkan perbuatan yang mengundang pahala.

7.Narashangsa memiliki 10 ribu ekor lembu. Lembu membawa makna binatang yang suci mengikut agama Hindu. Ia bertepatan dengan jumlah 10 ribu sahabat nabi yang memasuki Kota Mekah dalam peristiwa Fathu Makkah.

8.Narashangsa memiliki 300 lebih ekor kuda yang merupakan simbol kekuatan. Nabi saw memiiliki 313 orang perajurit handalan dalam Perang Badar yang dianggap kelompok terbaik.

9.Narashangsa mempunyai 10 kalungan bunga yang menunjukkan kesetiaan dan kasih sayang. Nabi kita saw mempunyai 10 orang sahabat yang dijamin masuk syurga secara jelas.

Kitab Mahabharata menjelaskan bahawa penyelamat akhir zaman bernama Kalki. Kalki itu tidak lain dan tidak bukan ialah Nabi saw. Ini kerana Kalki dikatakan merupakan Ketua Negara dan Ketua Panglima dalam peperangan. Ia sama dengan sifat Nabi saw. Ada beberapa lagi petunjuk yang disebutkan da;am Mahabharata dan ia sama dengan Nabi saw.

Sumber: “Mengapa Kami Memeluk Islam” karya Dr Nawi Jusoh

Sunday, December 13, 2009

Silap Mata atau Mata Yang Silap??

Silap mata merupakan salah satu hiburan yang paling mendapat sambutan oleh penduduk bumi.Silap mata juga dikaitkan dengan ilmu sihir kerana kebanyakkan silap mata mempunyai helah yang begitu ekstrim hingga tak tercapai dek akal fikiran walaupun helah yang digunakan tersangatlah mudah...itulah namanya SILAP MATA!!



Di Malaysia SILAP MATA dianggap oleh sesetengah golongan sebagai sihir. Mungkin disebabkan pada zaman dahulu ramai yang menggunakan sihir.


Ahli SILAP MATA Malaysia masih belum mampu menandingi ahli SILAP MATA luar negara.
Untuk menjadi seorang yang pakar dalam SILAP MATA perlulah mempunyai idea yang kreatif untuk


Allah memperingatkan dengan sebuah ayat berbunyi,
"Tetapi ada lelaki-lelaki tertentu daripada manusia yang meminta perlindungan kepada lelaki-lelaki tertentu daripada jin, dan mereka menambahkan mereka dalam kekejian," (72:6)

Ahli silap mata yang terkenal seperti David Copperfield, David Blaine, Criss Angel, Cyril Takayama dan ramai lagi merupakan penghibur silap membuat SILAP MATA sendiri. Disinilah gunanya seorang pakar menjadi penasihat dan tunjuk ajar kepada “MAGICIAN”.




Sonny Fontanna seorang “Magician” yang digelar orang halimunan..








Gambar menunjukkan Sonny menjadi halimunan berjalan sambil memegang sebuah kotak




GAMBAR 2 = Kelihatan kotak itu kosong..kemanakah badan sonny hilang?atau dia sebenarnya mmg bertukar menjadi “halimunan”




Pertama kali melihat video ini perkataan pertama yang keluar dari mulut penulis “WOW”
Setelah di lihat berulang kali…”FAKE”..hahahaha…



Bijak sungguh mereka menipu mata kita semua..sedangkan benda ini berlaku di depan mata tetapi kita tidak dapat melihatnya sungguh ”ajaib”..inilah gamaknya yang orang panggil “SILAP MATA”








GAMBAR 3 = Penulis pernah ada tabung yang berbentuk macam kotak yg “Magician” ni guna..jika dilihat kelihatan kosong sebenarnya lapisan cermin yang membuat ianya kelihatan kosong.

Jadi kemanakah separuh badan dan kepalanya hilang?????








GAMBAR 4 = Lukisan separuh badan dan kepala “ Magician”.
Separuh badan dan kepalanya disimpan di dalam kotak itu sebenarnya.. Jika dilihat dalam video pergerakan kaki Sonny berjalan seperti tidak seimbang. Cuba anda try berjalan sambil membongkokkan badan. Sudah semestinya anda tidak akan seimbang.





“SILAP MATA is FAKE but INTERESTING”

Friday, December 11, 2009

Tahniah pasukan bola sepak Malaysia..




VIENTIANE 11 Dis. - Malaysia mara ke separuh akhir bola sepak lelaki pada temasya Sukan SEA ke-25 selepas berjaya menumbangkan Thailand 2-1 pada perlawanan peringkat kumpulan di Stadium Utama di sini sebentar tadi.
Dengan kemenangan itu, Malaysia yang menduduki tangga kedua dalam Kumpulan A akan bertemu tuan rumah Laos, selaku juara Kumpulan B manakala Thailand akan ditentang oleh Singapura. - Utusan


Tahniah diucapkan kepada skuad K. Rajagobal kerana telah membawa pasukan Malaysia ke peringkat separuh akhir bola sepak sukan SEA. Diharapkan skuad Malaysia dapat membawa pulang pingat emas. Selepas ini kita akan lawan Laos, rasa-rasanya boleh makan tapi jangan terlalu yakin...


Thursday, December 10, 2009

Tahi lalat dan sikap...


Masyarakat pada zaman dahulu mengenal seseorang dgn melihat tandapada badannya.Diturunkan di sini firasat tentang tahi lalat. Sejauhmana kebenarannya tidaklah diketahui dgn jelas. Namun begitu,ia biasa diajarkan di kalangan Masyarakat melayu.Hanyalah sekadar menambah pengetahuan.
* bibir atas kanan - banyak rezeki, pandai
* bibir atas kiri - ramai kawan, baik hati
* bibir bawah kanan - disegani orang, ramai yg suka
* bibir bawah kiri - pandai bicara, tak mudah kalah
* leher kanan - cerdas, jujur, berani menderita
* leher kiri - cerdas dlm segala hal dan banyak pengetahuan
* leher di tengah - tercapai cita-cita
* biji mata kanan - suka serong dan pembohong
* biji mata kiri - pembohong tetapi baik hati
* hujung mata kanan - baik hati, sopan santun, cerdas
* hujung mata kiri - baik budi, murah rezeki
* betis kanan - suka berhibur, boros
* betis ! kiri - rajin,tidak suka menganggur
* lutut kanan - bersikap tidak peduli dan tak mahu berusaha
* lutut kiri - kurang kuat berusaha
* kepala sebelah kanan - terkabul cita-cita
* kepala sebelah kiri - sering menemui kesusahan
* kepala sebelah belakang - jujur, sabar dan tekun
* kening kanan - cerdas dan cekap
* kening kiri - cerdas, sopan santun
* tengah kening - keras hati, berani segala hal
* hujung mulut kanan - kecil rezeki, tak mudah kalah
* hujung mulut kiri - suka berpoya-poya
* ketiak kanan - dapat menyimpan rahsia
* ketiak kiri - jujur, banyak yang cinta
* pergelangan kaki kanan - suka berpergian (keluar rumah)
* pergelangan kaki kiri - kehendak kuat
* batang hidung - banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
* pada hidung - banyak rezeki
* dagu bawah kanan - jujur dan baik hati
* dagu bawah kiri - bijak sana dan berbudi luhur
* kemaluan kanan atau kiri - baik, suka senggama
* di kepala kemaluan (lelaki) - bakal beristeri 2
* tumit kanan - jujur dan banyak kawan
* tumit kiri - baik budi
* alis kanan suka - menolong, baik hati
* alis kiri - ramai yang suka
* pangkal peha kanan - kemahuan kuat
* pangkal peha kiri - suka kerja apa pun
* telapak kaki kanan - tak mudah mengeluh
* jari kaki kanan - suka menolong
* jari kaki kiri - berbudi, suka berbuat baik
* bahu kanan - cermat dlm membuat keputusan, banyak tanggungan
* bahu kiri - suka kerja keras, banyak tanggungjawab
* lengan kanan - setia dan taat pada atasan
* lengan kiri - menepati janji dan rajin
* pipi kanan - ramai teman
* tengah-tengah pipi kanan - ramai yg suka
* tengah-tengah pipi kiri - ramai teman
* ubun-ubun - kurang jujur
* pusat - cerdas, tangkas, tekun
* pusat bahagian kanan - sejahtera dalam hidup
* pusat bahagian kiri - beroleh kemuliaan
* pinggang kanan - sayang pada pasangan hidup
* pinggang kiri - disayang pasangan hidup
* dada kanan - dapat mengatasi masalah
* dada kiri - berani, jujur dan sabar
* telapak kaki kanan - tidak mudah mengeluh
* telapak kaki kiri - baik budi pekertinya
* siku tangan kanan - kuat ingin memiliki kekayaan
* siku tangan kiri - baik hati, suka menolong
* jari tangan kanan - serba beroleh keuntungan
* jari tangan kiri - serba baik bekerja
* jari telapak tangan kanan - banyak rezeki tapi boros
* jari telapak tangan kiri - banyak rezeki dan cermat
* perut bawah kanan - banyak rezeki, suka memberi maaf
* perut bawah kiri - baik hati, tenang hidupnya
* sudut mata kanan dalam - disayang suami atau isteri
* sudut mata kiri dalam - tidak mudah dilupakan pasangan
* sudut mata kanan luar - baik budi, ramai yg cinta
* pelipis kiri - murah rezeki, dpt jadi kaya
* pelipis kanan - serba berhasil dalam usaha
* kelopak mata kanan atas - baik hati, ramah,berjaya
* kelopak mata kiri atas ! - baik budi, ramai yg suka
* elopak mata kanan bawah - agak malas
* kelopak mata kiri bawah - agak bodoh, kurang bijaksana
Jadi pakat2lah tilik korg punye tahi lalat ye!!!!!

Tuesday, December 8, 2009

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...