Blogger news


LCD Text Generator at TextSpace.net

Thursday, May 31, 2012

Jangan biarkan rakan anda terkejut(``,)


Salam,

Mungkin ramai yang pernah melihat video di bawah iaitu video hantu kerusi yang boleh membuatkan jantung kita berhenti berdenyut. =..=

Pasti ramai yang akan terkejut apabila pertama kali melihat video "Hantu Kerusi" ini tapi pernahkah kita melihat kelakuan orang yang melihat video ini? atau dalam bahasa mudahnya, kita melihat orang lain terkejut beruk. 

Gua dah selalu kena prank dengan member-member dengan video jenis macam ni, memang terkejut bangat!! tapi nasib baik tak luruh jantung.


Jangan biarkan orang tua, orang yang menghidap penyakit jantung dan ibu mengandung menonton video ini...dikhuatiri ada yang akan meninggalkan kita.....=..=

Jika tidak inilah akibatnya.....



jahanam cermin rumah aku.....




Tuesday, May 29, 2012

Toyol Peperiksaan

Salam,

Toyol peperiksaan. Kenapa toyol? sebab toyol merupakan jembalang paling kecil dan mudah menyorokkan diri. 

Jembalang inilah yang digunakan untuk mereka menjawab peperiksaan. 

Dalam peperiksaan bukan semua orang tak menipu tapi bukan semua yang menipu ni kantoi dengan ketua pengawal peperiksaan. Bila dah kantoi mula la tak tahu mana nak sorok muka. 

"Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga"

Sedangkan tupai pun boleh jatuh inikan pula student yang baru nak belajar menipu dalam peperiksaan. 

Aku bukan nak bagi cara untuk menipu tapi nak tunjuk gambar kantoi pelajar yang menipu. Ini la namanya toyol. 

Toyol peperiksaan ada banyak jenis dan aku percaya semua student tahu mengenai toyol peperiksaan ini. Kreativiti yang ada digunakan sebaik mungkin untuk meniru. 

Tapi nak tanya juga, BERKAT ke?

Sendiri jawab..




Contoh toyol paha...



Friday, May 25, 2012

Ops Takluk Putrajaya gagal. Sempena Himpunan Hari Belia.

Salam,

Ops takluk Putrajaya yang dilakukan oleh anonymous telah dipatahkan oleh komando bagi menggelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.


Di bawah merupakan kaedah yang digunakan komandu bagi menangkap ketua anonymous serta kuncu-kuncunya..





Terbaik!!!!

Sebenarnya ini adalah sedikit sebanyak pameran Angkatan Tentera Malaysia yang berlaku di Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya.

Banyak lagi pertunjukkan seperti ini di Himpunan Sejuta Belia..

Moh kita pergi..



Wednesday, May 23, 2012

Analisis Debat PTPTN






Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sememangnya debat antara Saudara KJ dan Rafizi mengenai topik PTPTN sangat hangat dibualkan. Ada yang mendakwa bahawa KJ memenangi perdebatan itu, ada yang mendakwa Rafizi yang menang, dan sebagainya. Di sini, izinkan saya menulis analisis saya mengenai debat tersebut. InsyaALLAH, saya akan mendedahkan fakta-fakta yang tepat dan benar mengenai debat itu. 

1. Sikap Rafizi yang cuba mengubah topik yang tidak berkaitan dengan topik perdebatan itu sangat mendukacitakan. Pertanyaan yang tidak berkaitan dengan topik bagi saya tidak usahlah dijawab oleh saudara KJ. Kalau perlu pun, itu mungkin dalam perdebatan yang lain. 

2. Saudara Rafizi kelihatan memilih perbandingan yang langsung tidak munasabah untuk menyokong pendapatan beliau mengenai  pendidikan percuma.  Malah, beliau memberi fakta yang salah kepada umum dan KJ tidak berkesempatan untuk membidas fakta Rafizi. 

3.  Maka, tugas saya di sini untuk membidas saudara Rafizi. (Sebenarnya, saya sangat berkobar-kobar untuk duduk di tempat KJ kelmarin, hehehhe...) Pertama, Rafizi mendakwa bahawa negara Finland yang lebih miskin daripada Malaysia dan hanya bersumberkan satu sahaja sumber ekonomi iaitu Nokia yang itu pun sedang mengalami masalah kerana penguasaan Blackberry mampu memberikan pendidikan percuma kepada rakyatnya, mengapa tidak Malaysia. Benarkah dakwaan itu? Sini, Kapten Malaysia (hensem?) mahu menidakkannya. :) 

4. Finland sebenarnya mempunyai banyak sumber ekonomi. Saya sertakan statistik sumber ekonomi Finland untuk tatapan umum:

RALAT: Statistik yang awal telah dikeluarkan selepas beberapa penemuan dalam sumber dan statistik yang baru disertakan di bawah. Terima kasih pada orang yang sudi menegur dan berkongsi dengan saya. Apa-apa pun, ianya tidak mengubah apa-apa bahawa sumber ekonomi Finland bukan hanya bergantung kepada Nokia sahaja. 

A.) Electronics (21.6 percent)

B.) Machinery, Vehicles and other engineered metal products (21.1 percent)

C.)Forest industry (13.1 percent)

D.)Chemicals (10.9 percent).

Apa-apa pun, di bawah ialah statistik daripada sumber saya sendiri.

A) Agriculture and forestry 4.5%,

B.) Industry 18.3%

C.) Construction 7.3%

D.) Commerce 16%

E.) Finance, Insurance, and Business services 14.5%,

F.) Transport and communications 7%

G.) Public services 32.4%


Sekarang ni, mana datangnya sumber dakwaan Rafizi yang mengatakan bahawa Finland hanya bersumberkan ekonomi daripada Nokia sahaja?

5. Benarkah Finland lebih miskin daripada Malaysia? Saya nak tergelak mendengarkan dakwaan saudara Rafizi itu. Hehehehe... (gelak malu). Menurut data daripada Bank Dunia, Malaysia jauh ketinggalan dalam ranking GDP. Finland menduduki tangga ke-17. Malaysia punya kekayaan menduduki ranking ke-68. Apa kejadahnya nak bandingkan Malaysia dengan Finland yang lebih kaya daripada Malaysia. Bahkan dengan kekayaan negara yang ke-17 terkaya di dunia, Finland hanya perlu menangung 5 Juta rakyat Mereka sedangkan Malaysia yang mempunyai kekayaan yang ke 68 dunia, perlu menanggung 30 Juta rakyat Malaysia. 

Sumber saya di sini:  http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_countries_by_GDP_(nominal)_per_capita#cite_note-3

Perbandingan ini sangat tidak relevan. Anda cuba membandingkan epal dengan rambutan (bak kata saudara KJ).  Saudara Rafizi ni, awak kena adil tau. Jangan nak spin fakta macam ayahanda Anugerah Tuhan kamu itu. Hehehehe.. tak baik tau. Kita ambil epal kalau nak dibandingkan dengan Epal. Erm... nak ambil contoh apa ya ?

7. Dah dapat! Apa kata kita ambil Brazil yang menduduki di tangga yang lebih kurang sama dengan kita. Brazil ialah salah satu daripada negara yang mendirikan pendidikan percuma. Ya, pendidikan percuma tetapi tahukah saudara Rafizi bahawa cukai di Negara Brazil ialah antara yang tertinggi di dunia? Tak..tak... saya tak buat spesikulasi saya sendiri tau Pak Fizi ya? Tak percaya? Mari-mari, kita mengembara lagi. Biar celik mata semua.

8.  http://thebrazilbusiness.com/article/the-16-most-common-brazilian-taxes

"Brazil is known for charging a high tax burden from its citizens and companies established. We will provide an overview of the most common taxes in Brazil, dividing them into Federal, State and Municipal taxes."

Kenyataan itu dipetik daripada orang Brazil sendiri. Lihat betapa tingginya dan banyak cukai di negara mereka untuk menampung pendidikan percuma. Rafizi kena terima hakikat nothing is free  dalam dunia ini. Ada harga yang perlu dibayar sekiranya mahukan pendidikan percuma. Dan harga yang perlu dibayar untuk pendidikan percuma ialah CUKAI YANG TINGGI. 

9. Tak puas hati lagi? Mari-mari menjelajah negara nombor satu dalam sukan bola sepak ini. Lagi artikel yang merungut mengenai hidup di Brazil yang sangat tinggi dengan cukai. Mereka memberi tajuk kepada artikel ini dengan ayat ini:

Everyday taxes in Brazil: IPVA, IPTU and IPTR!"

Nak link ke ? Takut saya menipu? Ehh, jangan tuduh tau.
Saya ni sesuci Anugerah Tuhan dan Pak Rafizi ye? (sarcasm). Nah, ambil ni: 

http://thebrazilbusiness.com/article/everyday-taxes-in-brazil-ipva-iptu-and-iptr

10. Saudara Rafizi mengatakan bahawa pendidikan di Turki itu percuma. Heheheh, kaki kelentong betul lah awak ni. Awak fizi yang comel, tak nampak ke apa yang berlaku di Turki? Kalau pengikut-pengikut kamu, bolehlah kamu tipu ye? Tapi, tidak saya.

 http://www.businessturkeytoday.com/turkey-students-arrested-for-demanding-free-education-during-protests.html

Eh, apa benda tu? Kata Turkey ni menyediakan pendidikan percuma kepada rakyat, tetapi kenapa sebaliknya?  Sampai kena tangkap tu Mahasiswa Turkey. Hehehehe... Abam Rafizi, udah-udahlah tu ya menjadi penipu ? 

11. Kalau kita lihat pada permulaan debat, kita dapat melihat statistik dan nombor yang dikeluarkan oleh KJ mengenai perbelanjaan yang sedang ditanggung dan bakal ditanggung oleh kerajaan sekiranya mahukan pendidikan percuma. Kemudian, Rafizi membidas bahawa fakta itu penipuan dan mereka membuat kiraan mereka sendiri lalu menampilkan nombor mereka sendiri. 

12. Sekarang, saya mahu bertanya kepada semua, anda percayakah fakta daripada Rafizi ini sedangkan dia sudah menipu kita dengan teori Finland dan Turkinya? Sekali menipu, dua kali menipu, tak mustahil dia akan menipu untuk sekian kalinya memandangkan penipuan itu ialah darah dagingnya.

13. Perkara lain, saya tak perlu saya ulas pajang lebar. Isu hutang dan sebagainya, saya rasa dah dijawab dengan kemas oleh saudara KJ. 

14. Oh ya, ada lagi yang saya nak perkatakan. Rafizi suruh sifu kamu tu tunaikan janji bulan bintangnya pada penduduk Selangor. Bukan satu dua ye, berbelas tau. Ini janjinya pada penduduk Selangor pada PRU  yang lepas pun tak habis ditunaikan, ada hati bercakap mengenai topik yang lebih besar.

15. Meh, saya senaraikan janji-janji puak anda yang tak tertunaikan sebelum nak menabur janji lain. 

- membuka tabung permulaan RM 100 bagi setiap anak kelahiran selangor. 
-memberi bantaun RM 75.00 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nuseri. 
-memberi bantuan RM 50 kepada seorang bagi pendidikan pra sekolah. 
-memberi hadiah tawaran RM 1000 kepada setiap anak selangor yang masuk ke universiti. 

Dan belasan lagi janji-janji2 yang terabai. 

Kesimpulannya ialah kebanyakan daripada fakta yang dibentangkan oleh Rafizi sebenarnya lebih kepada puta belit yang dipelajari daripada sifunya Anwar Ibrahim. Dan motif artikel ini ditulis untuk menjawab tuduhan tidak berasas Rafizi. Setakat ini sahaja yang mampu saya nukilkan, InsyaALLAH kalau ada kesempatan, saya akan kembali menyambung artikel ini, mungkin dengan analisis yang lebih padat dengan fakta. 

Akhir kata daripada saya, TAHNIAH SAUDARA KJ KERANA berani berdepan dengan orang seperti Rafizi Ramli yang suka lari daripada tajuk dan kaki spin ini. Hehehehe.... Assalamualaikum.


sumber : SINI

Saturday, May 19, 2012

Cara kejut kawan bangun tidur (``,)

Salam,


hiasan


Gua selalu angin bila gua tengah tidur ada orang lain datang kejut secara tidak bertamadun. Tidak bertamadun itu seperti kejut simbah air atau paling tidak pun cabut bulu kaki. 


Tidur merupakan perkara paling enak dan superb di dunia yang serba moden ini tapi tidur yang banyak pulak menyebabkan otak tak berkembang. Take Note!!


Gua tak kisah nak kejut gua cara macam mana pun, cuma yang gua risau terkejut dalam tidur boleh mendatangkan kecederaan pada roh gua. Mana la tau, syok-syok roh gua pergi dating tiba-tiba tak jadi masuk dalam badan gua sebab lu orang kejut gua secara terkejut. Betul tak? (Boleh ke macam tu?)


Berbalik pada tajuk asal. Gua ada cara terbaik untuk lu orang kejut member korang tanpa mencederakan member korang. (Tunjuk bukti la, main cakap je ko ni)


Ohhh!!! Nak bukti pulak yer.. baiklah... gua pantang betul kalau ada minta bukti! (amboi, macam orang politik pulak)  Hehe...



Gua dah cakap.. member korang cuma terkejut tapi dia tak cedera, kaannnn??


notaTeruna : kejut secara berkhemah...!!

Friday, May 18, 2012

Awas!! Jenama Palsu

Salam,

Awas dengan barang yang berjenama palsu...








Bagaimana Pistol Beroperasi?

Salam,



Bila kita tengok filem mesti perompak akan menggunakan pistol untuk merompak. Pistol lebih mudah dibawa berbanding senapang jika ingin pergi merompak kerana ianya tidak terlalu berat dan tidak besar serta memudahkan penggunaannya sambil melakukan operasi merompak.

Tapi tahukah kita bagaimana pistol beroperasi?





Thursday, May 17, 2012

Video terbaru Bangkang Dari Longkang.

Salam,

Seperti yang di nantikan video terbaru terbitan Bangkang Dari Longkang telah dikeluarkan. Jika sebelum ini video terbitan Bangkang Dari Longkang telah mendapat sambutan yang hangat, mereka telah memuatnaik dua lagi video terbaru iaitu bertajuk "Special Offer" dan "Dulu Lain Sekarang Lain"

Hanya yang berhati kental saja dibenarkan menonton video terbaru ni ok. Bukan apa, takut ada yang terasa lebih pulokkkk. Ini sekadar komedi gelap. 

Kalau rasa nak emo sangat pergi layan video Justin Bieber...ok???

Kau kerajaan ke, kau pembangkang ke semua kena tolak rapaatttttt......reti?





selamat datang ke Selangor..~~~~~ Haha



Wednesday, May 16, 2012

Cara kejut kawan yang tidur dalam kelas(,``)

Salam,

Tidur dalam kelas. Adakah itu perkara yang baik? Sebenarnya nak tidur dalam kelas boleh tapi pastikan takde cikgu yang mengajar.

Kalau ada cikgu yang mengajar buat-buat tidur takpe. haha.. Aku tak cerita pasal tidur dalam kelas, sebab itu memang hobi majoriti student kat malaysia. Kahkakah...

Aku nak cakap pasal, BAGAIMANA nak kejut orang atau kawan kita yang tidur dalam kelas? Tak best la kejut cara baik. Takde drama langsung...

Meh sini aku nak ngajor kome cara terbaik dan penuh drama untuk kejut member yang tidur dalam kelas. Buat time cikgu takde k..Haha



Selamat Hari Guru...

Tuesday, May 15, 2012

Cara membentuk sixpacks di badan(,")

Salam,

Ramai lelaki yang bercita-cita untuk mendapat six packs di badan mereka tapi bagaimana caranya?? Sebelum aku explain lebih lanjut korang boleh usha artikel sebelum ni yang berkaitan iaitu "MEMBENTUK BADAN"

Ok. Sebenarnya tak susah nak dapat six packs, yang penting hati kena ikhlas dan otak yang kreatif. Haha. Kalau hati je yang ikhlas tapi tak kreatif pun tak guna jugak.

Kreatif dari segi apa?

Kalau kreatif, orang gemuk pun boleh dapat six packs. Jom kita tengok contoh mereka yang kreatif.



---------------------------------------------------
-----------------------------------------
------------------------------
-----------------------
----------------
----------
-----







Hehehe... jangan marah yer.....

Sunday, May 13, 2012

Informasi : Apa di dalam USB?

Salam,

Kita selalu guna pendrive tapi kita tak tahu bagaimana ianya berfungsi dan apa objek yang berada di dalamnya untuk menyimpan data. 


Jom kita lihat apa sebenarnya yang terdapat di dalam pendrive.





anakteruna : bijok-bijok...


Panas : Johan diboikot?

Salam,



Panas betul minggu ni dengan isu johan raja lawak yang terbabit dengan isu video terbitan BANGKANG DARI LONGKANG.


Kenapa mesti johan dipersalahkan? Gua tak faham betul orang Malaysia ni, kata nak negara demokrasi/ kebabasan bersuara. So apa salahnya johan atau krew yang terlibat dengan Bangkang Dari Longkang tu nak buat video macam tu? 


Dorang ada hak nak bersuara, korang yang tak suka tu jangan la banyak bunyi. Ingat BERSIH 3.0 yang korang buat tu rakyat Malaysia suka ke? Bersih 3.0 pun ada hak bersuara sebab tu kerajaan bagi Stadium Merdeka kenapa tak guna peluang tu untuk bersuara? kenapa perlu pilih demonstrasi jalanan? sendiri pikir.


Yang sebenarnya isu ni timbul sebab ada pihak tak puas hati bila ada pihak lain kutuk bersih. itu aje. kenapa mesti berfikiran tak matang? Korang buat tak apa, orang lain buat tak boleh? macam tu ke demokrasi??






Rasanya tak perlu nak boikot Johan sebab dia adalah rakyat Malaysia yang mempunyai pendapat sendiri. Gua percaya krew-krew Bangkang Dari Longkang sebenarnya memang tak minat dengan demontrasi jalanan sebab tu mereka wujudkan video sedemikian.


So, kepada yang tak puas hati tu banyakkan berlapang dada dan terima pendapat orang lain sama. 


anakteruna : boikot israel.



Friday, May 11, 2012

Fesyen pelik : Skirt pendek berilusi

Pasti ada yang mengatakan gambar di bawah merupakan photoshop tetapi yang sebenarnya skirt mereka memang direka dengan sebegitu rupa.

Kononnya seksi letteww..!!








Video : Esok Nak Demo Ni



Video yang memaparkan sindiran sinis dan penuh makna tersirat..

"Hapuskan Hutang Moto Kami, Sempoi!!"


The Avengers wujud 3000 tahun yang lalu?

Mesti ramai yang dah usha filem The Avengers kan? Filem yang paling hangat dipasaran selepas daripada Uncle Usin (macam cibai) Opps..

Dengar kabornye, the avengers dah wujud 3000 tahun yang lepas lagi...

Orang zaman lampau pun ada Superhero yer dok?


keh3x, ini adalah hasil seni yang terbaru... jangan ada yang percaya sudah la yer..

power tak?


Thursday, May 10, 2012

Labah-labah memakan ular

Salam,

Walaupun labah-labah lebih kecil berbanding ular, namun labah-labah mampu membunuh ular. Mungkin susah untuk dipercayai, tetapi itulah yang berlaku.

Labah-labah ini mengambil masa selama dua hari untuk melemaskan ular sebelum ular itu mati dan boleh dimakan.








Wednesday, May 2, 2012

Sungai Verzasca di Switzerland

Salam,

Switzerland terdapat tempat yang menarik iaitu sungai Verzasca yang mempunyai kejernihan air paling tinggi. Di sana korang dapat lihat ke dalam air dengan jelas walaupun waktu tu korang lepak di atas.

Cakap banyak pun tak guna kan....jom lihat...






SUBHANALLAH... Indah sungguh ciptannya....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...