Blogger news


LCD Text Generator at TextSpace.net

Tuesday, December 15, 2009

23 Perkara "Jangan" Dilakukan






Sesungguhnya di dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapiitulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita. Di bawah ini terdapat 23 perkara-perkara yang jangan dilakukan yang seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri.
1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh Allah S.W.T.

2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar) . Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.

3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah @ sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.

4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan

mewarisi kepapaan.

5. Jangan tidur selepas Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa maka. Nanti makanan yang diamakan adalah dari muntah syaitan.

7. Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan. Takut-takut mati dalam perjalanan.

8. Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

9. Jangan biar mata liar dalam perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

10. Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dai baiknya.

11. Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh dating bila-bila masa.

12. Jangan mengumpat sesame rakan taulan. Nanti rosak silaturrahim.

13. Jangan lupa bergantug harap hanya kepada ALLAH s.w.t dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila Berjaya dan kecewa pula bila gagal.

14. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekahitu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

15. Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.

16. Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah cirri-ciri munafik dan menghilangkan kasih saying orang kepada kita.

17. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana dosa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH s.w.t

18. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.

19. Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana di situlah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.

20. Jangan suka-suka memasang kemenyan kerana itu adalah makanan jin

21. Jangan lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRAHIM dan SALAM ketika masuk ke rumah dikuatiri jin dan syaitan masuk bersama.

22. Jangan memakai tangkal, kerana ALLAH s.w.t tidak sempurnakan agama sesorang itu jika memakai tangkal ini kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kepadaNYA.

23. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata “ JANGAN” sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH s.w.t itu lebih mengetahui.

0 rakan berkata-kata:

Post a Comment

Komen yang berserta dengan pautan posting terbaru anda tidak akan di publish. Terima kasih.. Sila komen seperti biasa. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...