Salam,
Eh, kome deghoyan dah berbunga. Aku bukan nak bercerita pasal 'deghoyan' tapi nak cerita pasal bola. Pasukan mana yang kuat makan 'deghoyan' dan tempoyak? Ajenye ye!
Sudah pasti pasukan Perak yang di sukai ramai kecuali RTM dan TV3. Sebab apa aku kata macam tu? Kalau kau orang tengok tv "time" berita sukan, jarang 'bebenor' dia orang nak tayang jaringan pasukan Perak. Cuba kalau kalah, pasukan Perak la yang 'deme' ni tayang.
"Time" lawan Kelantan dulu pun macam tu juga, pasukan Perak berjaya gulaikan Kelantan 4 gol berbalas 0 (telur ayam tu) tapi RTM tayang gol pun tak habis. RTM tak minat Perak ke?
RTM ni mesti penyokong setia Red Giants. Menyedihkan bila tengok perlawanan Red Giants dengan Sabah. Kedua-dua pasukan main macam langau hurung taik. Sabah macam taik, Selangor macam langau hurung taik, berlegar-legar dan kejap-kejap singgah.
Selangor tak ada akal?
Macam tu baru standard masuk tv ke? Hehe
Ok. Berbalik pada bola, malam ni Perak (Kejor Yob Kejor) akan menentang Negeri Sembilan (Musuh Habis Binasa) di Paroi, Negeri Sembilan.
Dikhabarkan Negeri Sembilan akan menggunakan khidmat adik kepada pemain Arsenal iaitu Sagna. Adik Sagna merupakan pemain muda terhebat pada ketika ini bagi membolosi gawang Perak yang dikawal rapi oleh Kak Limah sambil menyanyi lagu "Injit-injit semut, sapa sakit naik atas".
Kat bawah ni aku sediakan gambar berserta biodata adik kepada Sagna iaitu Puna.
mukanya lagi tenang dari Sagna, bukan?
Biodata
Nama : Puna
Asal : Tampin
Hobi : Menyumpit semut
Makanan kegemaran : Nasi putih + telur dadar + sambal belacan
Cita-cita : Menternak semut untuk di nyumpit
Sekian.
0 rakan berkata-kata:
Post a Comment
Komen yang berserta dengan pautan posting terbaru anda tidak akan di publish. Terima kasih.. Sila komen seperti biasa. :)