Blogger news


LCD Text Generator at TextSpace.net

Wednesday, May 25, 2011

Misteri Jalan Kemanis - Keningau



Salam,

Ketika menontoh televisyen beberapa hari lepas, terdapat satu program di RTM1 yang berkaitan dengan misteri jalan kemanis - keningau. 

Apa yang misterinya jalan tersebut adalah kereta akan bergerak sendiri di jalan berbukit walaupun enjin dimatikan. Yang menjadi misterinya adalah, kereta tersebut bukan bergerak turun ke bawah tetapi bergerak naik ke atas bukit tanpa enjin dihidupkan. 

Adakah wujud medan magnet di bukit tersebut? 

Menurut pihak yang membuat kajian, mereka memaklumkan bahawa sebenarnya walaupun mata kasar kita melihat jalan tersebut naik ke atas tetapi yang sebenarnya jalan tersebut turun ke bawah. Aneh sungguh.

Walaubagaimanapun, kita boleh menggunakan kawasan itu untuk tujuan pelancongan. Tidak semua tempat mempunyai keanehan yang sedemikian. 

Kajian seterusnya perlu di jalankan. Berikut merupakan pandangan seorang yang pernah melalui jalan tersebut yang dipetik daripada sabahforum.


Korang tau tak, jalan raya yang menghubungkan Kimanis dengan Keningau mempunyai satu cerita misteri. 

Sebenarnya cerita misteri disebalik jalan raya tersebut tak lah baru sangat dan tak juga lama sangat. Lagi pun tidak semua orang mengetahuinya. Nak tau apa yang misterinya jalan tersebut, bah marilah..... dengar cerita saya ini. 

Baru-baru ini beberapa orang kawan saya berhajat untuk balik ke Keningau daripada KK dengan menyelusuri jalan raya kimanis-keningau, ala saja konon mau cuba jalan baru. 

Dalam perjalanan mereka, tibalah mereka ke suatu kawasan jalan berbukit. Diorang pun macam biasalah...press minyak, kasi laju sikit. Apabila suda melepasi kawasan puncak bukit tersebut, member aku tu pun macam biasa juga... mau jimat minyak so dia kasi free gear saja la. 

Apabila kreta diorang tu dah kira-kira melepasi separuh daripada kecerunan bukit tu......suddenly...tetiba ja... diorang rasa lain macam ja. 
"Ehh macam lain saja kerita ni, kanapa dia undur pi belakang ni" kata member drebar. Untuk kepastian diorang pun buka cermin dan lihat keluar. 
Alangkah takajut diurang, sebab itu kerita undur balik dengan sendiri, yang tambah lagi pelik tu... sebab dia undur naik semula ke atas bukit. 

Amacam korang pecaya ke tidak? ........Percayalah! 

kalau kamurang ndak percaya, pigi la sendiri ikut jalan tersebut. Kini suda ramai yang tau tentang misteri itu, tapi sia sendiri pun belum lagi cuba, mungkin masa cuti skola ni mau try juga lah. 

0 rakan berkata-kata:

Post a Comment

Komen yang berserta dengan pautan posting terbaru anda tidak akan di publish. Terima kasih.. Sila komen seperti biasa. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...