Blogger news


LCD Text Generator at TextSpace.net

Wednesday, May 4, 2011

Bola Sepak : Keputusan Liga Super 2011

Salam, 


Keputusan penuh perlawanan Liga Super 2011 pada 3 Mei 2011


Johor FC 0 - Kelantan 1, 

KL 1 - Sngor 3, 

N9 3 - Perak 1, 

Pahang 0 - Felda 0, 

Tganu 3 - Perlis 1, 

Kedah 1 -Sabah 1

ENTRY sebelum ini : Perak Vs Negeri Sembilan


Perak kalah tapi aku dengan Cikgu Jan masih steady. Rilex la kawan, first game Perak Vs Negeri Sembilan menang kat Perak. So bagi la pula kat Negeri Sembilan nak rasa menang dengan Perak. Bukan semua pasukan dapat rasa menang dengan Perak, terutama sekali Kelantan. Ye tak?


Kepada yob dan yong sekalian, jangan risau. Kita ada alasan yang kukuh kenapa kita tidak mahu menang pada hari ini. Alasan pertama adalah kerana padang di Stadium Paroi yang macam sawah padi. Pemain Perak pantang jumpa sawah padi, kerja nak mencucuk aje. He3x


Alasan kedua, eh kau orang tahu tak sekarang ni kat Perak musim apa? Musim 'deghoyan' tahu tak? Kebanyakkan pemain Perak penggemar durian, bila nak nyepak bola pun tak senang sebab badan panas. Maklumler durian kan panas.


Alasan ketiga, kau orang tau tak Perak kalah pada tarikh apa? Perak vs N9 pada tarikh 3 May 2011. Apa kena mengena 3 May dengan Perak? Mai sini aku nak cerita. 


Tarikh 3 May 2006 merupakan tarikh terhempasnya pesawat Airbus A320. Pesawat membawa penumpang itu terhempas ke dalam laut dan telah mengorbankan seramai 113 orang penumpang. Jadi, apa gunanya Perak perlu menang untuk perlawanan ini? 


Perak perlu menghormati hari kematian mereka. Oleh sebab itu lah mereka tidak meraikan kemenangan ini. Sudah terang lagi bersuluh, ketika Perak melakukan jaringan juga mereka tidak meraikan jaringan tersebut. He3x.


Apa-apa pun liga masih panjang. Aku harap Puna iaitu akan bermain dengan cemerlang bersama Negeri Sembilan. Siapa Puna? Rujuk Sini

Video : Cikgu Jan kena ajar pemain Perak macam ni

0 rakan berkata-kata:

Post a Comment

Komen yang berserta dengan pautan posting terbaru anda tidak akan di publish. Terima kasih.. Sila komen seperti biasa. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...