Blogger news


LCD Text Generator at TextSpace.net

Sunday, July 31, 2011

Perkara Sunat Ketika Berpuasa



Salam,




Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua pembaca AnakTeruna yang dikasih. 
Ketika bulan puasa kita perlu perbanyakkan amalan sunat untuk menambahkan pahala di bulan puasa.


1. Menyegerakan berbuka puasa apabila sampai waktunya. 
Rasanya bab ni semua orang tahu dan saat yang paling ditunggu-tunggu. :)

2. Berbuka puasa dengan buah kurma (tamar) atau sesuatu yang manis ataupun dengan air.

3. Mulakan berbuka puasa dengan berdoa yang maksudnya;
"Ya Allah, kerana Engkau aku berpuasa dan kepada Engkau aku beriman dan dengan rezeki Engkaulah aku berbuka, dengan rahmat-Mu wahai yang Maha Pemberi Rahmat".

4. Melambatkan bersahur. Bersahurlah walaupun dengan sedikit sama ada makan ataupun sekadar minum sahaja. Ianya untuk kebaikan anda juga supaya dapat menambah kekuatan ketika berpuasa.

5. Memperbanyakkan amal ibadat seperti membaca Al-Quran dan berselawat ke atas Nabi S.A.W.

6. Memperbanyakkan membuat amal kebajikan. 
Contohnya; bersedekah kepada yang kurang berkemampuan, menjamu tetamu berbuka puasa ataupun bertukar-tukar juadah sesama jiran.

7. Memperbanyakkan niat iktikaf di dalam masjid. Kalau sembahyang terawih tu jangan lupa gak niat iktikaf.

8. Menjauhkan diri atau sebaik-baiknya cuba elakkan diri daripada bercakap tentang perkara yang sia-sia dan melakukan maksiat! 


sumber : Jom Jimat

Banyak lagi amalan sunat yang boleh dilakukan pada bulan Ramadhan. Ini hanya sebahagian kecil perkara sunat yang boleh anda lakukan.

video : masa kecik-kecik suka layan cerita ni....

1 comment:

Komen yang berserta dengan pautan posting terbaru anda tidak akan di publish. Terima kasih.. Sila komen seperti biasa. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...