Blogger news


LCD Text Generator at TextSpace.net

Thursday, July 28, 2011

KeEGOan Menyebabkan Pasukan Negara Tewas

Salam,



Pasti ramai yang kecewa dengan keputusan Malaysia gagal ke melepasi pusingan kelayakan menentang Singapura. Kecewa pun dah tak guna kita telah pun gagal.

Megapakah barisan kebanggsaan kita gagal?

Jawapan AnakTeruna mudah, iaitu akibat keEGOan jurulatih kebanggsaan kita untuk tidak mengambil Subramaniam dan Nur Hafiz Zamani Misbah. Walaupun, mereka beraksi cemerlang ketika menentang Chelsea.

Mungkin Dato K.Rajagobal masih dibuai mimpi kemenagan Piala Suzuki AFF. Sebenarnya sejarah tidak boleh diukur untuk mengetahui prestasi pemain. Prestasi pemain hanya boleh diukur mengikut keadaan semasa. Sudah terbukti Subramaniam dan Norhafiz sedang berada pada prestasi terbaik.

Tapi Dato K. Rajagobal masih mempertahankan skuad Piala Suzuki AFF (tanpa Mat Yo yang cedera dan beberapa lagi). Percayalah keadaan sudah berbeza sekarang ini, pertahanan yang ada masih mentah ditambah pula luka mereka diratah pasukan EPL pada perlawanan sebelum ini. Secara tidak langsung moral pemain telah jatuh.

AnakTeruna berani kerat kuku mengatakan perlawanan Malaysia menentang kelab gergasi EPL langsung tidak memberi kebaikan. Inilah peluang keemasan kita untuk melayakkan diri ke peringkat kumpulan tetapi disebabkan keegoan yang tinggi pasukan kita tewas.

Alasan Singapura menang disebabkan pemain import langsung tidak boleh diterima kerana mereka yang berbadan tinggi dan sasa seperti itu juga akan kita temui jika bermain di peringkat antarabangsa.

Jadi siapa yang harus bertanggungjawab?

Sebagaimana hak jurulatih untuk mempertahankan pemain pilihannya dan dia berhak juga untuk bertanggungjawab atas............(lu pikir la sendiri)


notaTeruna : selamat menyambut bulan Ramadhan

6 comments:

  1. Sememangnya Rajagopal angkuh. Masih mempertahankan pertahanan yang telah melepaskan berbelas gol dalam empat perlawanan sebelum ini. Pandangan peminat dan pengritik tidak tiambil peduli. Mengekalkan pertahanan yang sama yang selepas empat perlawanan dan kemudiannya menentang lawan yang sama pada pusingan kedua adalah keputusan yang tidak bijak sama sekali ! Pertahanan ini bukanya yang membarisi skuad AFF dahulu. Pemain yang memakai nombor 8 dan 13 sebenarnya tidak layak mewakili negara. Singapura tidak sehebat mana tapi Malaysia yang lemah dari segi pemilihan pemain dan strategy....Apa lagi alasan Rajagopal kali ini. 90000 penyokong membanjiri bukit jalil dan jangan kata peminat tak sokong ! Rombak lah barisan pertahan Harimau Malaya....kamu sangat mengecewakan dan tidak belajar dari kesilapan !

    ReplyDelete
  2. ermmmm terbako hati tgk perlawanan tadi...grrr



    jom baca tentang haiwan obesity ni,komen dan follow


    http://shazrizalshahmy.blogspot.com/2011/07/wahai-binatanganda-disahkan-mengalami.html

    ReplyDelete
  3. kalah tapi tetap bermaruah itulah team kita.. cuma, strategi yang diatur rajagopal ni mmg silap!

    BIAR KALAH DENGAN BERMARUAH

    ReplyDelete
  4. Peluang keemasan dah terlepas, lama lagi la nk kena tunggu...hurm....

    ReplyDelete
  5. rata2 peminat kecewa dgn prestasi Malaysia.Mungkin kena tunggu lama lg untuk sebuah team yg hebat

    ReplyDelete
  6. Kalah menang adat perlawanan, tp yang kecewa sbb kalah dgn Singapura yg suka berpura-pura..

    ReplyDelete

Komen yang berserta dengan pautan posting terbaru anda tidak akan di publish. Terima kasih.. Sila komen seperti biasa. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...