Blogger news


LCD Text Generator at TextSpace.net

Friday, July 22, 2011

Tips Menjaga Kesihatan Ketika Cuaca Panas

Salam,

Memandangkan cuaca sekarang ni agak panas mari kita berkongsi tips-tips menyejukkan badan. Kepada yang suka mengeluh cuaca panas, kamulah orang yang tidak bersyukur. Jika diberikan hujan pasti kamu akan mengeluh juga.

Adakah cuaca perlu berubah mengikut kemahuan kita? Cuaca pun ada jadual, jadual amat penting dalam kehidupan.

1.Minum air masak
Minum air masak banyak untuk mengurangkan panas di dalam badan. Khasiat air masak bukan sahaja dapat mengurangkan panas badan tetapi dapat juga menghilangkan haus. Lima botol kecil sehari sudah memadai.

2. Mandi selalu
Tak guna kalau minum air masak 18 botol kalau pemalas nak mandi. Mandi yang kerap juga dapat membuatkan badan kita menjadi sejuk dan dapat menempuhi cuaca yang panas.

3.Duduk di rumah
Ketika keadaan di luar panas, tak perlulah kita keluar rumah untuk mencantas rumput di laman rumah. Duduk sahaja di dalam rumah ngadap televisyen. Petang-petang dah redup pun boleh cantas rumput tu yer tak pakcik?

4. Banyakkan rehat
Dalam cuaca panas, rehat yang cukup perlu supaya antibodi dapat melawan panas dalam badan. Dan kalau ada waktu yang lapang boleh la tidur sebentar bersama kit-kat.


5. Banyakkan mengambil wuduk
Ambil wuduk secara tidak langsung kawasan deria kita akan terkena air dan akan menyegarkan. Jangan ambil wuduk tapi tak sembahyang pulak. Tak berguna la cm tu. Hehe

Korang semua jangan tiru macam dalam gambar ni yer. Makan aiskrim musim panas depan kipas. Macam la aiskrim tu tak cair. Haha




video : tips versi video

0 rakan berkata-kata:

Post a Comment

Komen yang berserta dengan pautan posting terbaru anda tidak akan di publish. Terima kasih.. Sila komen seperti biasa. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...