Blogger news


LCD Text Generator at TextSpace.net

Saturday, July 30, 2011

Ciri-Ciri Lelaki Playboy

Salam,

Ciri-ciri lelaki playboy. Tampan, menarik, kelakar, penuh perhatian dan bijak merayu merupakan ciri khas seorang playboy. Lelaki yang mempunyai banyak pasangan ini tahu bagaimana untuk membuat wanita berasa istimewa.

Dorang akan menjerat wanita hanya untuk tujuan tertentu bukan cinta. Supaya korang tak tersangkut dengan dorang jom kita tengok ciri-ciri lelaki playboy.

1. Selalu meluahkan kata-kata manis seperti "Seronok keluar dengan awak", "Aku rindu padamu" atau "Belum pernah jumpa perempuan macam awak"?

2. Sering memuji. Adakalanya memuji mata yang paling tercantik pernah dia lihat (kononnya) dan dia akan mengaku hanya mampu membuka pintu hati untuk gadis seperti anda. Dalam masa itu, dia akan mengharapkan "sesuatu" dari anda.

3. Dia tersasul ketika memanggil nama anda, itu juga bermakna dia mempunyai teman lain selain anda. Inilah perkara yang paling KANTOI sekiranya ianya berlaku. Anda pasti perlu untuk mempunyai perasaan was-was.

4. Dia juga tidak mempunyai sahabat baik wanita. Lelaki playboy merasakan tidak perlu untuk dia mempunyai sahabat baik wanita kerana dia tertarik kepada semuanya.

5. Boleh digelar raja nama mesra. Mereka lebih mudah memanggil anda "Sayang", "Darling", dan lain-lain kerana mudah untuk membuat wanita berasa istimewa tanpa perlu menghafal nama sebenar anda.

6. Dia akan marah andai anda memegang telefon bimbit dia dan anda bertanya siapa yang telefon dia sebentar tadi.

Jadi tak perlu-lah anda mengambil risiko untuk sakit hati dan membuang masa melayan lelaki playboy melainkan anda juga playgirl.

3 comments:

  1. mmg ne semua ciri2 playboy...sbb ramai kwn2 laki ila playboy..

    diorg bajek encem.....uhuhu

    ReplyDelete
  2. ila honeybunnye : kawan dgn dorg tak pe..tp hati-hati...hehe

    ReplyDelete
  3. even pompuan tau benda ni,pompuan still cair ngan laki2 camni.. ^^

    ReplyDelete

Komen yang berserta dengan pautan posting terbaru anda tidak akan di publish. Terima kasih.. Sila komen seperti biasa. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...