Blogger news


LCD Text Generator at TextSpace.net

Tuesday, August 2, 2011

Tips Menghilangkan Lapar Dan Dahaga Ketika Berpuasa

Salam,

sumber gambar 
: google


Ketika berpuasa pasti semua orang lapar dan dahaga itu adalah lumrah. Ada yang boleh tahan lapar tetapi tak boleh tahan dahaga dan sebaliknya. Bagaimana caranya cara untuk menghilangkan lapar dan dahaga?

Ini bukan entry main-main ni. Ini entry paling telus cuma belum mendapat pengesahan daripada pakar.

Sebab apa kita sakit perut? Sebab angin telah masuk di dalam perut kita bukan. Bila angin telah masuk dalam perut kita secara tidak langsung perut kita akan berbunyi "kroookkk, kroookkkk". Bila bunyi "krookkkk, kroookkk" perut akan hantar isyarat kepada otak "perut kau dah berbunyi ni, ko tak nak makan ke?"

Mungkin mereka yang lemah iman akan mendengar kata-kata otak untuk pergi ke dapur dan membuka peti ais lalu mengambil secawan lebihan kopi yang telah sejuk ketika sahur tadi.

Bagi mereka yang ingin meneruskan puasa. Silakan.

Tetapi ada cara awal untuk menggelakan perut anda berasa lapar dan dahaga. Iaitu menggelakkan angin masuk ke dalam perut kerana angin itulah yang menyebabkan anda menjadi lapar.

Bagaimana caranya?

Picit di bawah bahagian kaki anda bermula dari tumit hingga ke jari. Ulang memicit tapak kaki anda hingga anda rasa selesa. Tapak kaki merupakan tempat bermulanya angin masuk ke badan dan terus ke perut.

Jadi kita harus mencegah angin itu masuk sebelum terlambat.

Selamat Mencuba..

2 comments:

  1. salam ramadhan;
    logik juga tu..esok aku cuba..Ha!ha!.

    ReplyDelete
  2. Silakan. Kalau menjadi sila bg tahu doktor pakar. Hehe

    ReplyDelete

Komen yang berserta dengan pautan posting terbaru anda tidak akan di publish. Terima kasih.. Sila komen seperti biasa. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...