Blogger news


LCD Text Generator at TextSpace.net

Saturday, August 27, 2011

Tikus Gergasi Ditemui di New York


Salam,




NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Seekor tikus gergasi dibunuh dengan menggunakan serampang peladang di sebuah kawasan perumahan di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Seorang pekerja projek perumahan berkenaan, Jose Rivera, 48, sedang memusnahkan lubang tikus apabila tiga ekor tikus gergasi muncul baru-baru ini.
Seekor tikus itu sepanjang hampir satu meter termasuk ekor dengan badan haiwan itu dilitupi bulu putih dan ia kelihatan gemuk.
"Saya menikam tikus itu sekali tetapi ia masih bergerak lalu saya menikam haiwan itu sekali lagi dan ia mati," kata Rivera.
Ketua Persatuan Penduduk Perumahan Marcy di Brooklyn di sini memberitahu, tikus gergasi beberapa kali dilihat berkeliaran di tempat mereka sejak sekurang-kurangnya enam tahun lalu.
Pakar-pakar haiwan mengenal pasti tikus raksaksa itu sebagai tikus spesies C. gambianos yang boleh membesar hingga satu meter dengan berat hampir dua kilogram.
Tikus itu boleh hidup selama tujuh atau lapan tahun. - Agensi

Tak sangka kota New York yang besar dan maju itu pun ada tikus gergasi. Jadi kota New York belum boleh berbangga dengan mengatakan mereka telah maju. Sedangkan tikus besar gedabak. Hehe


Ini mesti kes kuat makan, maklum ler kota besar la kan. Makanan pun banyak...

Tikus ke arnab?????

2 comments:

  1. Tikus diMalaysia lagi Besar,

    dipelihara oleh DAP,

    ReplyDelete
  2. Salam;
    ini bermakna bukan manusia je yang maju.. tikus pun maju.

    ReplyDelete

Komen yang berserta dengan pautan posting terbaru anda tidak akan di publish. Terima kasih.. Sila komen seperti biasa. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...