Blogger news


LCD Text Generator at TextSpace.net

Sunday, May 15, 2011

Jozan Tiru Gamarjobat??

Salam,


Maharaja Lawak minggu 7 (silent comedy) tiada persembahan yang boleh dibanggakan. Man, Jambu dan Balas memperbodohkan diri di atas pentas. Amir masih dengan I`m sorry nya yang tidak lawak. Jozan, Sepah dan Nabil merupakan calon untuk juara. 


Jozan.....

Namun, saya sedikit kecewa dengan persembahan Jozan kerana mereka secara tidak langsung telah meniru aksi Gamarjobat walaupun aksi yang mereka lakukan tidak sama tetapi idea asal tersebut saling tak tumpah seperti Gamarjobat. 


Gamarjobat


Kita inginkan idea segar, bukannya meniru idea untuk jadi juara. Sekalung tahniah kepada Nabil dan Sepah kerana mereka berjaya melakukan minggu silent comedy mengikut acuan mereka sendiri. 


Sepah begitu spontan membuat silent comedy manakala Nabil walaupun kelihatan kurang menarik, tetapi usahanya harus kita hargai. 


Semua peserta telah melakukan yang terbaik, syabas kepada semua peserta. 



2 comments:

Komen yang berserta dengan pautan posting terbaru anda tidak akan di publish. Terima kasih.. Sila komen seperti biasa. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...