Blogger news


LCD Text Generator at TextSpace.net

Friday, July 30, 2010

Fakta-fakta yang jarang anda dengar


Fakta-fakta yang jarang anda dengar...

1) Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud tidak.

2)kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan


3)mengikut kajian saintifik orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih lama daripada mereka yang kidal (tapi ajal maut di tangan tuhan,ingat2 lah yer)

4)Otot akan masih bergerak atau berdenyut walaupun mayatnya sudah masuk peringkat 'brain death'(oleh itu kepada org2 jaga bilik mayat tue janganlah takut sangat, tapi berwaspadalah.jangan biarkan hidup anda diselebungi MISTERI)

5)Cuba teka tempat apa yang paling sejuk dalam dunia ini?kutub utara?SALAH,kutub selatan?SALAH jugak.jawapanya di Verkovank, Siberia dengan suhu serendah 100 darjah di
bawah paras beku pernah dicatitkan.

6)jangan terkejut jika sebenarnya semut mempunyai otak terbesar diantara semua makhluk (jika dibandingkan dengan nisbah saiz badannya)


7)John Boyd Dunlop,pencipta tayar dunlop sebenarnya adalah seorang pakar bedah veterinar berbangsa Scotland

8)jika anda lahir ketika zaman dimana kamera mula-mula dicipta dahulu,ia memerlukan seseorang beraksi selama lapan jam di depan kamera itu sebelum gambar dapat dirakamkan.(pasal tue takde supermodel zaman dulu-dulu)


9)Manusia akan hidup lima setengah minit lebih lama bagi setiap batang rokok yang TIDAK dihisap.


10)Sebuah ladang di Byelorussia (Soviet Union) menawarkan bonus sebulan gaji bagi pekerja yang tidak merokok (ha..ingat tue wahai perokok tegar sekalian)


11)zirafah dan tikus boleh hidup lagi lama tanpa air daripada unta.


12)sebenarnya dekelarasi kemerdekaan Amerika ditulis diatas kertas marijuana(maknanya mereka mintak kemerdekaan mereka diatas kertas dadah)


13)seorang lelaki akan hilang 40 helai rambut sehari,perempuan pula 70 helai


14)jangan sekali-kali anda bagi anjing makan cokelat,ia boleh menbunuh anjing tersebut


15)perasankan anda apabila anda hendak save di microsoft office program, ia menunjukkan gambar floopy disk dengan shutternya terbalik??

Wednesday, July 28, 2010

Panduan Yang Boleh Di Amalkan Mengikut ISLAM

Bismillah...

LARANGAN LARANGAN TERRHADAP AMALAN PERBUATAN DAN KEBIASAAN YANG BOLEH MEROSAKKAN KESIHATAN TUBUH BADAN.

Tidak boleh sama sekali berjimak ketika berada di dalam terlalu kenyang atau terlalu lapar.
Mandi setelah makan.
Sentiasa berada dalam keadaan keluh kesah dan berdukacita.
Berada dalam keadaan terlalu lapar.
Berjaga malam selain dari qiamullail.
Memakan daging yang tidak disembelih mengikut hukum Islam.


FAKTOR FAKTOR YANG MENGUATKAN TENAGA TUBUH BADAN.

Memakan daging.
Selalu menghidu bau bauan yang sedap.
Banyak mandi yang bukan dari mandi kerana jimak.
Sentiasa memakai pakaian yang diperbuat dari kapas.
Mandi dalam keadaan perut yang sederhana.. tidak terlalu lapar atau terlalu kenyang.
Memakan makanan yang agak manis.


FAKTOR YANG BOLEH MENDATANGKAN PENYAKIT.

Bercakap banyak.
Tidur banyak.
Makan banyak.
Banyak berjimak.


4 FAKTOR YANG BOLEH MELEMAHKAN BADAN.

Banyak berjimak.
Sentiasa berada dalam dukacita dan keluh kesah.
Banyak minum air yang bercampur dengan air liur kita sendiri.
Banyak memakan makanan yang serba masam.


SUPAYA BADAN SENTIASA SIHAT.

Minumlah madu lebah asli yang dibubuhkan ke dalam air sejuk (masak).
Sentiasa meminum air lebihan (baki) dari wuduk.


BAGI MENAMBAHKAN KECERDASAN AKAL.

Tinggalkan dari bercakap kosong.
Sentiasa bersugi.
Sentiasa bersama sama dengan orang alim.


MAKANAN ATAU MINUMAN YANG TERJATUH LALAT KE DALAMNYA MAKANLAH, JANGAN DIBUANG.

Jika terjatuh lalat ke dalam makanan atau minuman.. hendaklah anda tenggelamkan keseluruhan badannya ke dalam makanan atau minuman itu.. kemudian ambil dan buangkan lalat itu. Ianya tidak beracun lagi.. sudah selamat digunakan. Ingat, jangan membazir.. orang yang membazir itu adalah saudara atau sahabat syaitan.


FAKTOR FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA MENJADI PELUPA, MELEMAHKAN DAYA INGATAN DAN KEFAHAMAN.

Melihat perkara perkara yang haram.
Melancap.
Membuang air kecil semasa sedang menggosok gigi.
Meminum minuman atau memakan makanan yang bercampur semut.
Tidak membaca Al-Quran.
Meminum atau memakan yang haram atau yang diperolehi dengan cara yang haram.
Mengumpat dan mengata.
Terlalu memikir tentang wanita atau sebaliknya.
Asyik bercinta cintaan (bukan cara Islam).
Terlalu memikirkan yang bukan bukan.
Sentiasa berada dalam keluh kesah atau dukacita.


LARANGAN DAN PERATURAN SELEPAS MAKAN.

Dilarang keras tidur selepas makan kerana mendatangkan keras hati.
Hendaklah berjalan selepasnya sekurang kurangnya 40 langkah.
Sebaik baik hendaklah bersembahyang selepasnya supaya makanan mudah hadam.


SUPAYA AIR YANG DIMINUM MENDATANGKAN KESIHATAN UNTUK BADAN SEBOLEH BOLEHNYA JANGAN MEMINUM AIR DI WAKTU WAKTU BERIKUT.

Selepas bersenam.. bersukan atau melakukan kerja kerja berat.
Selepas berjimak.
Selepas makan atau sebelumnya.
Ketika sedang makan.
Selepas memakan buah buahan.
Selepas keluar dari bilik mandi.
Ketika terjaga dari tidur.


CARA TIDUR YANG SEBAIK BAIKNYA DIAMALKAN OLEH RASULULLAH S.A.W.

Tidurlah di awal malam sesudah menunaikan sembahyang Isyak jam 10.00 atau 11.00
dengan keadaan berwuduk.
Bangkitlah di awal separuh kedua malam jam 1.00 atau 2.00 kemudian bersugi..
berwuduk dan bersembahyang tahajjud.
Kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelum terbit fajar.
Tidurlah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan.. rusuk kiri di bahagian atas.. supaya tetap kedudukan makanan di dalam usus.. cepat hadam makanan. Tidurlah sedemikian dari mula hingga akhirnya.


WAKTU WAKTU YANG TIDAK DIBENARKAN TIDUR.

Awal awal pagi setelah terbit matahari.
Selepas masuk waktu Asar.
Tidur di bawah cahaya matahari walaupun terkena separuh dari badan.


BAHAYA TIDUR DI SIANG HARI.

Dilarang tidur di siang hari didalam keadaan cuaca yang panas kerana;
Mendatangkan penyakit penyakit kulit.
Merosakkan warna kulit.
Melemahkan jantung.
Menambahkan tekanan perasaan yang meluap.
Melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat.
Melemahkan kecerdasaan akal.


CARA MENGHINDARKAN LESU SELEPAS BANGKIT DARI TIDUR.

Bersihkan tubuh.. terutamanya bahagian muka.. tangan dan kaki sebelum masuk tidur.
Hindarkan dari tidur lewat malam.
Lakukan gerak badan dan senaman di atas katil setelah jaga dari tidur sebelum turun dari katil.
Minumlah segelas air masak setiap pagi sebelum tidur bersarapan tetapi jangan selepas saja bangun dari tidur.
Cucilah muka terutama bahagian kelopak mata dengan air suam.
Ambil wuduk dan bersembahyang Subuh.


PEKARA PEKARA YANG BOLEH MELEMAHKAN TENAGA DAN MEMPERCEPATKAN TUA.

Banyak melakukan jimak.
Terlalu banyak bercita cita atau berangan angan.
Banyak minum air di waktu pagi.
Banyak memakan atau meminum yang serba masam.


SEBAB SEBAB UTAMA DITIMPA PENYAKIT JANTUNG.

Merokok yang berterusan.
Kolestrol yang berlebihan (punca yang utama).
Kurang tidur.
Sentiasa mandi di tengah malam.
Berjimak didalam air atau ketika udara terlalu sejuk.
Melakukan kerja secara berterusan.

Tuesday, July 27, 2010

Perkara Yang Di Pesan Rasulullah Sebelum Tidur




Assalamualaikum.. Untuk manfa'at bersama para sahabat² yang budiman.


SEBELUM Tidur

Perkara Sebelum Tidur (Tafsir Haqqi)Rasulullah Saw berpesan kepada Sayidatina Aisyah ra : "Ya (Sayidatina) Aisyah (r.a) jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara , yaitu:

1. Sebelum khatam Al Qur'an ,

2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di Akhirat

3. Sebelum para muslim meredhoi kamu ,

4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....


Bertanya Sayidatina Aisyah r.a :

"Ya Rasulullah Saw .... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?

"Rasul tersenyum dan bersabda :

"Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.

Bismillaahirrohmaanirrohiim , Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam yakul lahuu kufuwan ahad' (3x)


Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku , maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.Bismillaahirrohmaanirrohiim , Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad (3x)


Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhoi kamu.Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih (3x)


Dan , perbanyakanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh"Bismillaahirrohmaanirrohiim , Subhanalloohi Walhamdulillaahi walaailaaha illalloohu alloohu akbar (3x)Nota: yang nie buat seberapa yg boleh sampai tertidur lagi bagus, terpulang pada diri masing²


Sekian untuk ingatan kita bersama.


p/s: silalah selawat atas nabi semuga kita mendapat shafaatnya di Akhirat Kelak...


Dalam hidup ini, sebarang keadaan yang kita temui adalah kurang penting, yang paling penting ialah arah yang kita tujui.


Ramai manusia yang tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian. Padahal kata-kata pujian hakikatnya hanya menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka. Rugi benar orang yang tidak ikhlas, terseksa di dunia juga terseksa di akhirat.


Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.

Sunday, July 25, 2010

Mari Test Keyboard Komputer Anda


Keyboard merupakan salah satu peringkat yang sering kita pakai pada saat menggunakan komputer.

Disini saya memberikan satu cara untuk mencuba apakah keyboard anda betul-betul hebat atau tidak.

Anda hanya perlu menaip perkataan "the quick brown fox jumps over the lazy dogs" tetapi perlu menggunakan cara yang berikut :


1) Buka notepad anda.

2) Tekan dan tahan tombol shift kiri dan shift kanan.

3) Taip perkataan "the quick brown fox jumps over the lazy dogs"

(Peringatan : Tombol shift kiri dan shift kanan jangan dilepaskan)

4) Lihat!!Apakah tulisan yang keluar itu lengkap seperti yang anda taip atau ada huruf yang

hilang.


p/s : semakin banyak huruf yang tidak keluar bermakna semakin buruk kualiti keyboard anda.


Mengapa perlu menulis perkataan "the quick brown fox jumps over the lazy dogs"????

Kerana perkataan tersebut merupakan sebuah kata yang berisi semua huruf dalam alfabet yang biasa digunakan untuk menguji mesin taip dan keyboard komputer komputer dan dalam aplikasi lain yang melibatkan semua huruf dalam abjad Inggeris.


Selamat Mencuba!!!!

Saturday, July 17, 2010

BAIK BURUK COCA-COLA!!!


Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna? Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?


3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.


5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.


6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.


7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!


8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni! Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis. Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.

9. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!

10. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!. Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu. Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo, F&N dll. Sama jer! Anak bapak dan Keluarga 69.

Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu.

Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalamasa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang!

Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Anda minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.

DiIndia, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak. Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh serangga.

Rakyat amerika pon ban minuman ni sejak dulu lagi.... but us? our money keep them alive and rich, up until now.... and some of the profits are given to the Israeli for war in Palestine... drinking it, was like killing yourself softly, and killing the Palestinian brutally.. Nauzubillah~

Wednesday, July 14, 2010

Air Suam atau Air Sejuk???


Serangan Jantung dan Minum Air Suam


Fakta ini sangat bagus. Bukan semata-mata berkenaan air suam, tetapi berkenaan Serangan Jantung ..... Masyarakat Cina dan Jepun minum teh panas untuk ketika bersarapan, bukannya air sejuk, mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan.


Kepada sesiapa yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat bermakna buat anda. Memanglah sesuatu yang nikmat untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walaubagaimanapun, air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan. Sudah tentu ia melambatkan lagi proses pencernaan. Sekali gumpalan minyak ini bertindakbalas dengan asid di dalam perut, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine. Dalam masa terdekat, ia berpotensi bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser. Adalah penting untuk minum sup panas atau air suam selepas makan.


Petanda Lazim Serangan Jantung


Amaran berkenaan serangan jantung – Anda seharusnya mengambil tahu yang petanda serangan jantung bukan sahaja pedih pada sebelah kiri dada. Awasi jika terasa sakit yang menyesakkan pada dada kiri. Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa terkena serangan jantung. Muntah-muntah dan berpeluh berlebihan juga antara tanda-tanda lazim. 60% pesakit yang terkena serangan jantung adalah ketika sedang tidur dan tidak boleh bangun dari tidur. Sakit pada dada boleh menyebabkan tidak sedarkan diri. Berhati-hati dan berjaga-jagalah sentiasa. Lebih banyak yang anda ketahui berkenaan serangan jantung, maka lebih peluang untuk anda terselamat.

Sunday, July 11, 2010

Diet Rasulullah SAW


Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh sembarangan. Hal inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lainnya.

Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

JENIS MAKANAN

Jangan minum SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan minum SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH :- KOKTEL

CARA MAKAN

JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI, SEBALIKNYA MAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.

TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH HARI. (yang nie tak boleh buat kat office...;))

JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM.. BARANG SIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA..

(Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya...... cubalah. Tapi pengaruhnya tidak dalam jangka pendek..... Akan berpengaruh bila kita sudah tua nanti)

Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.

Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. Kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion +ve sedangkan dalam ikan mengandung ion -ve, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosak usus kita.

Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan spt membuat amalan antara lain:

Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya semenit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang tersebut.

Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan) Wassalam...

Sama-samalah kita mengamalkannya.......
WallahuA'lam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...