Blogger news


LCD Text Generator at TextSpace.net

Friday, February 25, 2011

Kami Bukan Bahan Projek!!! It`s about our life!!

ape la nasib cucu cicit ku nanti...

Salam...

Pada semester kali ini, kami semua diberikan soalan peperiksaan akhir dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya. Jika pada semester yang lepas soalan diberikan dalam Dwi Bahasa tetapi tidak lagi pada semester ini.

Apakah punca pihak Kementerian Pelajaran melakukan perubahan ini? Adakah untuk memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris kami atau sekadar menjadi BAHAN UJIKAJI seperti mana PPSMI yang telah dimansuhkan?

Adalah menjadi tidak adil kepada kami kerana kami semua merupakan pelajar terakhir yang belajar menggunakan kod subjek yang lama tetapi standard kertas soalan mengikut standard pelajar kod baru.

Bermula dari awal semester kami diajar dan diberi nota dalam Bahasa Malaysia, tetapi sekarang perlu menjawab soalan dalam Bahasa Inggeris (kes naya tu).

Sepatutnya kami perlu diberi pengecualian disebabkan kami masih menggunakan kod lama, berbanding dengan pelajar semester 1 dan 2 sekarang mereka mungkin tiada masalah kerana sejak dari mula telah diajar dalam Bahasa Inggeris.

Tetapi apakan daya, ku hanya mampu berserah dan pasrah (ayat sedih).

p/s : Kami bukan bahan projek mana-mana pihak!!! It`s about our life!!

Friday, February 11, 2011

5 Jenis Logo yang Berubah



Heloo der-der , bro-bro, makcik-makcik, pakcik-pakcik, sekalian....

Hari ni awak nak tunjuk kat mike semua 5 jenis logo yang berubah mengikut peredaran zaman. Awak pun baru tahu je benda alah ni. Kalau dulu orang kukuq nyok guna kukuq nyok tu, la ni orang pakai mesin nyok je. ahaks...






























Monday, February 7, 2011

Fernando Torres Penakut??




Salam 1Malaysia...

Faktor kekalahan Chelsea tadi kerana menurunkan Fernando Torres. Kalau dia tak main tadi, Chelsea dah boleh boh banyak gol dah pun....

Sebab apa aku kata macam tu??

Dia tak sampai hati nak boh gol sebenarnya tadi... Sebelum game dia call aku minta nasihat, tapi tu la, sebagai kawan baik aku dah nasihatkan dia jangan boh gol, nanti teruk hang kena balon dengan Fan Liverpool termasuk aku.

Peluang dah ada depan mata awal minit, tp dia tendang tinggi. Itu maknanya, dia takut.

Yang si Maxi Rodriguez tu pulak masih ngigau ke hape?? Si Torres a.k.a kawan baik aku tu dah tak main dengan hang la, dia main dengan Chelsea. Yang hang p bagi kat dia tu buat hape?? attooyyaiiii..

Nasib baik x masuk gol time tu!!!!



Liverpool menang pulak bukan sebab hebat tapi sebab depa ni tak dak Star yang ramai macam Chelsea sebab tu depa boleh menang. Maklumla, Chelsea tu semua STAR-STAR belaka. Ahaks.

p/s : dengor kabo Torres nak main Chelsea balik. Hahahaha



nih untuk penyokong Chelsea yerrr ..:p

Friday, February 4, 2011

Perbincangan Professor Atheist dengan Pelajar Islam.



Assalamualaikum
Salam 1Malaysia


Seorang atheist yang juga professor falsafah bercerita dalam kuliahnya mengenai masalah yang dihadapi oleh sains berkenaan dengan Tuhan. Dia meminta seorang pelajarnya bangun dan beliau bertanya…

Prof: Kamu percayakan Tuhan?

Pelajar: Sudah semestinya professor.

Prof: Adakah Tuhan itu baik?

Pelajar: Ya

Prof: Adakah Tuhan itu amat berkuasa?

Pelajar: Ya

Prof: Saudara saya meninggal kerana kanser walaupun dia berdoa kepada Tuhan agar dia boleh sembuh. Kebanyakan kita akan cuba membantu mereka yang sedang sakit tetapi Tuhan tidak. Jadi macamana Tuhan itu baik? Hmmm?

(Pelajar berdiam diri)

Prof: Kamu tidak boleh menjawabnya ya? Mari kita teruskan lagi anak muda. Adakah Tuhan baik?

Pelajar: Ya.

Prof: Adakah syaitan baik?

Pelajar: Tidak.

Prof: Siapa yang mencipta syaitan?

Pelajar: Tuhan.

Prof: Tepat sekali, beritahu saya anak muda, wujudkah kejahatan didunia ini?

Pelajar: Ya.

Prof: Kejahatan ada dimana-mana bukan? Dan Tuhan mencipta semuanya, betul?

Pelajar: Ya.

Prof: Jadi siapa yang mencipta kejahatan?

(Pelajar tidak menjawab)

Prof: Bukankah terdapat penyakit? Keruntuhan moral? Kebencian? Keburukan? Semua perkara yang dasyat ini wujud didunia ini bukan?

Pelajar: Ya professor.

Prof: Siapa yang menciptanya?

(Pelajar tiada jawapan untuknya)

Prof: Science menyatakan yang kamu ada 5 deria untuk mengenalpasti dan melihat dunia disekeliling kamu, beritahu saya anak muda, pernahkah kamu melihat Tuhan?

Student: Tidak pernah professor.

Prof: Sila beritahu jika kamu pernah mendengar akan Tuhan itu?

Pelajar: Tidak pernah professor.

Prof: Pernahkah kamu perasankan akan Tuhan itu? rasaiNya, menghiduNya? Adakah pada kamu itu apa-apa deria yang boleh membuat kamu kenal akan Tuhan itu?

Pelajar: Tiada professor, saya tidak pernah mengalaminya.

Prof: Dan kamu masih percayakan Tuhan itu?

Pelajar: Ya professor.

Prof: Berdasarkan kepada pemerhatian, pada kajian, pada suatu yang boleh didemonstrasikan, sains menyatakan yang Tuhan itu tidak wujud. Apa pendapat kamu mengenainya?

Pelajar: Saya tidak boleh berkata apa2 professor, saya hanya ada kepercayaan dan keimanan kepada Tuhan itu sendiri.

Prof: Ya.. percaya.. iman, itulah dia masalah yang dihadapi oleh sains.

(Pelajar termenung dan berfikir lantas bersuara..)

Pelajar: Professor, wujudkan apa yang dipanggil panas?

Prof: Ya.

Pelajar: Dan juga apa yang dipanggil sejuk?

Prof: Ya.

Pelajar: Tidak professor, tidak ada sebenarnya apa yang di panggil sejuk itu.

(Semua didalam dewan kuliah terdiam)

Pelajar: Professor, kita boleh ada banyak haba kepanasan, panas yang teramat sangat, yang sedikit atau pun tiada kepanasan. Sebenarnya kita tiada apa yang dipanggil sejuk. Kita boleh mencapai 458 darjah dibawah takat beku tetapi kita tidak boleh pergi rendah daripada itu. Sebenarnya tiada apa yang dipanggil sejuk. Kepanasan itu adalah tenaga, sejuk bukanlah lawan kepada panas, hanya ketiadaan panas itu sendiri.

(Dewan kuliah menjadi sunyi sepi)

Pelajar: Bagaimana pula dengan kegelapan? Adakah wujud apa yang dipanggil gelap itu?

Professor: Apalah malam jika tiada kegelapan?

Pelajar: Sekali lagi professor silap. Kegelapan hanyalah ketiadaan sesuatu. Kita boleh ada cahaya yang malap, cahaya normal, cahaya terang, cahaya berkilau… tetapi jika kita tiada cahaya, itu yang dipanggil kegelapan. Realitinya "gelap" itu tidak wujud. Kita tidak boleh membuatkan gelap itu menjadi semakin bertambah gelap bukan?

Prof: Jadi apa sebenar yang kamu ingin sampaikan disini?

Pelajar: Apa yang saya ingin nyatakan adalah, falsafah professor itu salah.

Prof: Salah? Bolehkah kamu jelaskannya?

Pelajar: Profesor membuat perhitungan menggunakan konsep yang berlawan, antara hidup dan mati, Tuhan yang baik dan tidak. Professor melihat konsep ketuhanan itu pada suatu yang nyata, sesuatu yang boleh kita ukur. Professor, sains masih tidak boleh menjelaskan dari mana datangya "ruh atau nyawa" dan apakah "minda" atau "fikiran" itu sendiri. Sains menggunakan elektrik dan magnetism tetapi ianya suatu yang tidak kelihatan dan nyata, malah kita masih tidak memahaminya secara keseluruhan. Untuk melihat mati itu sebagai lawan kepada kepada hidup adalah sesuatu yang tidak tepat kerana sebenarnya mati tidak wujud sebagai suatu bentuk yang nyata. Mati itu bukan lawan kepada hidup, mati hanyalah ketiadaan apa yang memberi kehidupan itu sendiri iaitu nyawa.

Sekarang beritahu saya professor, adakah kamu mengajar bahawa manusia asalnya dari monyet?

Prof: Jika kamu rujuk kepada proses evolusi semulajadi, ya.

Pelajar: Pernahkah professor melihat evolusi itu sendiri?

(Professor menggeleng kepala dan tersenyum kerana mula merasakan perbincangan ini semakin hebat)

Pelajar: Disebabkan tiada siapa pernah melihat proses evolusi itu sendiri sedang berjalan dan tidak boleh membuktikan yang ianya adalah suatu proses yang berlaku secara berterusan, adakah professor mengajar pendapat professor sahaja? Adakah professor saintis atau penceramah?

(Dewan kuliah menjadi gempar)

Pelajar: Ada tak sesiapa didalam dewan ini pernah melihat otak professor?

(Pelajar lain tertawa)

Pelajar: Ada tak sesiapa yang perasan akan otak professor itu? Rasainya, menghidunya? Saya pasti tiada siapa yang pernah berbuat demikian… jadi berdasarkan kepada pemerhatian, pada kajian, pada suatu yang boleh didemonstrasikan, sains menyatakan yang otak professor tidak wujud. Maaf saya katakan, bagaimana kami semua boleh percayakan kuliah2 professor selama ini?

(Seluruh dewan menjadi senyap.. Professor merenung lama kepada pelajar tersebut)

Prof: Saya rasa kamu semua hanya perlu percayakan kepadanya.

Pelajar: Itulah dia professor, hubungan antara manusia dan Tuhan adalah kepercayaan dan keimanannya dan itulah yang membuatkan kita dan seluruh alam ini hidup dan berfungsi sepertinya.

Wednesday, February 2, 2011

(Gambar) Ibu-bapa Tak Tahu Jaga Anak

Sedap tak adik oiii??


berani betul hang ni noh...



wtf?




anak patung kome ke tu yong??




penari separuh bogel paling seksi...



nampak apa tu adik??

Tuesday, February 1, 2011

(Gambar) Cuba teka ini apa?


Hai semua..

Bertemu lagi kita pada petang ini.

Petang ni aku nak tunjuk kat korang satu gambar yang pelik sangat. Tak nak cakap panjang, jom kita "usha" gambar kat bawah ni...

Agak-agak korang semua, "menatang" ape kat dalam gambar tu??



















Yang sebenarnya (Yuna) "menatang" dalam gambar tu hanyalah benih pokok.

p/s : otak ku masih tidak kuning. (^_^)

(Gambar) Salji di Jepun



Dah macam bukit.................





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...