Blogger news


LCD Text Generator at TextSpace.net

Tuesday, May 31, 2011

Pintu yang Tersembunyi

Hai hai hai..
Durian tembaga is here...

Rumah yang hebat adalah di mana pintunya tidak kelihatan tetapi ianya wujud. Faham ke tak ni? Pintu wujud tapi kita tak nampak, kalau tersalah selak silap-silap benda lain yang terjulur. 


Itulah situasi ketika berada di sebuah rumah yang terletak di kawasan pedalaman di sebuah desa. Berapa banyak "di" la kawan. 























Wah-wah..... Kemain lagi rumah orang dorang ni, depa pi sorok pintu tu buat apa ntah la, nanti saudara mara datang rumah mula la tak jumpa pintu.  


-Durian Tembaga-

Serangan Labah-labah di Pakistan

Salam,


Tuan tanah kedaung di sini, kemain lagi admin-admin lain post isu kat blog AnakTeruna ni yer. He he he...... All right, sekarang kita bayangkan labah-labah memenuhi kawasan rumah kita. Penuh dengan sarangnya di sekeliling rumah kita. Boleh hidup ke kawan?


Inilah yang pernah terjadi kepada kawasan di Pakistan di mana pokok-pokok di penuhi oleh sarang labah-labah. Labah-labah tu mungkin terdesak nak buat sarang sampai pokok pun jadi mangsa. Persoalannya adakah wujud makhluk selain daripada labah-labah tersebut?? 


Anak Teruna dan ejen 004 Juput telah menyiasat. Baca sehingga habis!!!!!







Siapakah punya angkara?? Habis semua pokok jadi lagu ni, kalau ada buah macam mana nak kait? Kebulur la orang Pakistan, nak di kacau sarang tu kesian kat labah-labah terpaksa la tengok je.

Seperti biasa, AnakTeruna dan ejen 004 Juput (berjaya selesaikan kes Amir Maharajalawak) telah bertugas pagi dan petang untuk mengetahui siapakah punya angkara pokok ini semua jadi sedemikian rupa.

Kami telah menempah penerbangan pergi ke Pakistan untuk menyiasat perkara ini untuk memastikan kejadian ini dapat dikenalpasti masalahnya.

Di pendekkan cerita. Juput telah dapat mengenalpasti siapakah punya angkara semua ini... AnakTeruna telah melihat laporan Juput dan sangat pasti memang dia punca semua ini berlaku.

Berikut kami paparkan wajah sebenar si pelaku terhadap pokok-pokok tersebut. 

_______

_____

____

__

_


"Saya punya angkara. Hehehe"

nota : AnakTeruna dan Juput masih berada di Pakistan kerana ketika di Malaysia kami hanya membeli tiker pergi ke Pakistan, pulang ke Malaysia tidak dibeli. Duit dah habis buat menyiasat.  Wadepak ni Juput???

Monday, May 30, 2011

Adat Yang Semakin Terhapus

sumbangan pok teh google

Salam,


Teknologi umpama duri dalam daging sekiranya kita terlalu menggunakannya dan mengharapkannya membuat sesuatu perkara. Dengan kemunculannya teknologi maka adat kita juga semakin terhapus sekiranya teknologi yang kita guna setiap hari di salah guna.


Di salah guna membawa maksud yang banyak, jika dahulu ketika ada kenduri kahwin keluarga kedua belah pihak akan mengeluarkan sedikit modal untuk membuat kad jemputan yang semestinya dihantar kepada saudara, jiran dan semua yang di jemput. 


"Peon, ni aku nak bagi kau jemputan kahwin Sabtu depan. Datang la yer?"kata pak Yuzi. "Amboi kau nih, bini dah ada 3 umur dah lanjut ada hati nak kahwin lagi?"balas pak Peon. 
"Kau ni dah nyanyuk ke ape, aku ni udah tua cucu pun dah 9. Aku jemput datang kenduri kahwin anak aku si Poah tu." terang pak Yuzi. 
Ye tak ye jugak, kau tu dah tak larat ye dak? Insyallah aku datang." balas pak Peon.


Begitulah situasi dulu-dulu nak menjemput orang kenduri, bukan main meriah lagi mereka bergurau senda  dan mengusik. 


Zaman sekarang tidak lagi, setiap jemputan perkahwinan dijemput di Facebook sahaja. 


"Temah oi, tak kena panggil kenduri rumah pak teh ke?"tanya kak Leha kepada mak Temah.
"Awokk tak kena panggil. Makan gulai tempoyak je di ghomah ni"balas mak Temah.
"Ate, deme takde 'invite' mak Temah dalam Facebook ke?" soal kak Leha lagi.
"Ape jadahnye 'fashbook' tu Leha oii? Ish, tak reti la aku dengan benda alah tu." balas mak Temah.


Tengok, kesian dengan mak Temah. Bukan semua orang tahu teknologi 'fashbook' tu. Kalau kena 'invite' dalam Facebook tapi tak pergi apa hukumnya pula? Mak Temah yang tak tahu guna 'fashbook' tu pun akan berdosa ke? 


Kad raya dah makin terhapus, dan tidak mustahil kad jemputan perkahwinan juga akan menerima nasib sedemikian. 


ini bukan tidak beradat tapi tidak BERADAB.

siapakah dia? adik-adik tunjukkan gambar ini kepada mereka yang kenal dia ini dan tanya namanya sekali.






admin +Qis+

Sunday, May 29, 2011

Seks Mengikut Islam



Salam,




Hubungan Intim juga merupakan satu Ibadah kepada Allah S.W.T jika diikut dgn cara yg betul berlandaskan garis panduan Islam

Lelaki wanita yang hidup dalam perkahwinan tentu mengharapkan anak dari hasil hubungan seks antara suami isteri. Tentunya anak yang sihat, cerdas dan berbakti kepada orang tuanya serta taat menjalankan ibadah kepada Allah Taala. Anak yang demikian ini disebut anak yang soleh yang menjadi dambaan bagi setiap orang tua.

Terbentuknya anak menjadi orang yang soleh di samping unsur pendidikan, juga perilaku orang tuanya sewaktu melakukan persetubuhan akan menentukan corak keperibadian anaknya. Oleh sebab itu agama Islam telah memberi tuntutan yang sangat tepat baik ditinjau dari segi kesihatan ataupun moral.

Bimbingan Islam itu antara lain adalah:

a) Mandi terlebih dahulu bagi suami. Faedahnya adalah membersihkan badan dari semua kotoran dan bau yang kurang sedap, di samping untuk menguatkan syahwat. Cara ini sungguh sangat hygenis kerana badan telah dibersihkan dari segala macam bibit penyakit terutama pada bahagian alat kelamin.

“Sesungguhnya Rasullulah s.a.w. telah mengitari (menggilir) isteri-isterinya dalam suatu malam. Maka beliau mandi pada setiap isterinya satu kali. Kemudian saya bertanya: “Wahai Rasulullah, bagaimana sekiranya engkau mandi satu kali sahaja?” Lalu beliau menjawab. “Demikian inipun lebih bersih dan suci’.
(Dari hadis riwayat Abu Daud)

b) Berwuduk sebelum bersenggama. Berwuduk ini dilakukan setelah mandi, gunanya adalah untuk membersihkan hadas kecil. Orang yang bersetubuh dalam keadaan suci lahir dan batinnya, lebih tenang dan tenteram daripada bersetubuh dalam keadaan kotor. Wuduk ini lebih ditekankan lagi sewaktu melakukan hubungan seks untuk yang kedua atau ketiga kalinya dalam satu malam. Faedahnya juga untuk menguatkan kelamin dan kebersihan. Sebagaiman tersebut dalam hadis riwayat Muslim yang bersumber dari Abu Said al Khudri, Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Apabila seorang dari kalian mendatangi isterinya, kemudian ia berkehendak mengulangi lagi, maka hendaklah ia berwuduk”.

c) Sewaktu mendekati isterinya ucapkanlah salam sebagai tanda kasih saying. Salam mesra ini amat berpengaruh dalam jiwa isteri untuk membangkitkan ghairah seksnya serta perasaan menyerah setulus hati.

d) Ucapan salam harus disambut isterinya dengan ucapan mesra pula sebagai dorongan agar suaminya benar-benar dapat melaksanakan tugasnya dengan baik serta memuaskan.

e) Selepas kedua-duanya saling mengucapkan salam, suami boleh meneruskan acara itu dengan membelai rambut isterinya serta menciumnya tiga kali sebagai ciuman kasih saying seraya mengucapkan selawat nabi tiga kali. “Allahumma Shalli `Alaa Muhammad”. Ucapan selawat ini sebagai satu usaha agar persetubuhan ini mendapat berkat dan diredhai Allah. Sebagaimana disebutkan dalam hadis Qudsi yang bersumber dari Abdur Rahman bin Auf, Allah telah berfirman kepada Rasulullah s.a.w. yang ertinya: “Barangsiapa mengucapkan salam kepadamu, nescaya Aku (Allah) memberi kesejahteraan kepadanya Dan barangsiapa membaca selawat kepadamu, nescaya Aku memberi rahmat kepadanya”.

f) Menjelang akan dilakukannya persetubuhan suami hendaklah membaca doa puji-pujian kepada Allah agar dianugerahi anak yang soleh, taat kepada Allah dan mahu berbakti kepada orang tuanya.

g) Hendaklah mandi selesai bersetubuh. Tidak seperti mandi ketika bersetubuh, mandi terakhir ini hukumnya wajib, baik mengeluarkan mani ataupun tidak. Kewajipan mandi ini sungguh merupakan tindakan kebersihan dan kesihatan sebab keletihan dan kelelahan badan waktu bersetubuh perlu penyegaran kembali.

Biasanya setelah malam harinya melakukan persetubuhan, maka pada pagi harinya badan terasa lesu, malas dan timbul berbagai perasaan yang bukan-bukan. Timbulnya kelesuan badan itu tiada lain kerana keletihan saraf-saraf di seluruh badan akibat keluarnya air mani dari dalam tubuh yang memerlukan tenaga. Sehubungan dengan itu, Islam telah mewajibkan kepada umatnya untuk mandi setiap kali mengeluarkan air mani atau sehabis bersetubuh. Maka terasalah badan segar kembali, timbul vitaliti baru, hilang rasa ngilu, fikiran berjalan normal seperti sediakala dan sebagainya.

Mengenai perintah mandi wajib setelah bersetubuh itu tersimpul dalam hadis Nabi:

“Apabila ia duduk di antara empat anggotanya (dua tangan dan dua kaki) kemudian ia kerjakan dia (perempuan) maka sesungguhnya wajiblah mandi”.(riwayat Bukhari dan Muslim)

Selanjutnya timbul pertanyaan pada kita apakah boleh melihat aurat semasa melakukan persetubuhan?

Pengertian aurat dalam Islam ialah bahagian-bahagian tubuh baik lelaki mahupun perempuan yang haram dilihat oleh orang yang bukan muhrimnya atau suami isteri sendiri. Aurat orang lelaki terdapat di bahagian tubuh antara pusat hingga lutut. Sedang aurat perempuan meliputi seluruh tubuhnya. Bahagian-bahagian aurat ini sama sekali tidak boleh dilihat oleh sesiapapun kecuali oleh muhrimnya atau suami isterinya sendiri. Kerana aurat tidak boleh dilihat, wajiblah aurat itu ditutup dengan pakaian yang sopan.

Aurat mempunyai pengaruh tersendiri pada pandangan mata. Ia punya daya rangsangan yang bisa membangkitkan nafsu berahi seseorang. Hanya dengan melihat aurat, orang lelaki bisa tegang batang zakarnya. Begitu pula orang perempuan timbul nafsu berahinya kerana melihat aurat orang lelaki. Begitulah aurat yang oleh agama Islam sangat dihormati, yang harus ditutup dari pandangan mata kecuali oleh suaminya, isterinya atau muhrimnya sendiri.

Firman Allah Taala:

“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka perbuat”.
(Al Quran Surah An Nur Ayat 30)

Lagi firman Allah Taala:

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka”.
(Al Quran, Surah An Nur Ayat 31)


“Tidaklah boleh orang lelaki melihat aurat orang lelaki dan tidak boleh orang perempuan melihat kepada aurat orang perempuan. Tidak boleh pula orang lelaki berselimut dengan orang lelaki dalam satu kain. Tidak boleh orang perempuan berselimut dengan orang perempuan dalam satu kain”.
(Hadis riwayat Muslim dari Abu Said r.a)

Sabda Rasulullah s.a.w.:

“Janganlah kamu perlihatkan pahamu, dan janganlah kamu melihat paha orang hidup dan jangan pula paha orang mati”.
(Hadis riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Hakim)


Jelaslah, melihat aurat antara sesama jenis atau lain jenis dilarang oleh agama kecuali yang melihat itu muhrimnya atau suami isterinya sendiri, bagi suami isteri yang ingin meningkatkan ghairah seksualnya dalam cumbu rayu, tentu melihatnya diperbolehkan.

Walaupun demikian ada batasan bagi suami isteri melihat aurat iaitu faraj atau vagina, maka melihatnya dilarang. Bahkan di dalam hadis disebutkan alasan mengapa dilarang melihat vagina (kemaluan wanita).

Rasulullah s.a.w. bersabda yang ertinya:
“Apabila seorang dari kalian mendatangi isterinya maka janganlah ia melihat faraj (kemaluannya) kerana sesungguhnya yang demikian itu menyebabkan buta”.

Adakah maksud melihat faraj itu menyebabkan kebutaan? Kiranya belum ada ketentuan yang pasti secara ilmiah yang membenarkannya. Sebab betapa pun jorok faraj itu, akan tetapi faraj tidak mengeluarkan zat atau gas-gas yang boleh membutakan. Jadi secara medis melihat faraj itu tidak membahayakan mata.

Mengapa hadis menyebutkan begitu? Allahlah yang Maha Mengetahui. Akan tetapi yang jelas faraj merupakan anggota kelamin wanita yang sangat dihormati, siapa pun wanitanya. Bahkan wanita primitif-primitif yang belum mengenal kebudayaan pun tidak lupa menutup kemaluan mereka walaupun anggota-anggota badan lainya tetap dibiarkan terbuka bebas. Mereka mempunyai perasaan malu jika kemaluannya dilihat orang lain.

Secara alamiah memberi petunjuk betapa kemaluan wanita itu merupakan anggota kelamin yang terhormat, yang tidak boleh dijadikan tontonan dan dipertontonkan.

Hendaklah ingat, bahawa wanita mempunyai sifat pemalu, lebih pemalu daripada lelaki. Malu sebagai salah satu unsur penghalang timbulnya dorongan seksual. Jadi kalau suami akan bersetubuh kemudian merayu isterinya sambil melihat kelaminnya pastilah ghairah seksual isterinya akan turun secara drastik kerana didesak oleh rasa malunya. Oleh itu tidak berfaedah sama sekali usaha merayu isterinya yang justeru mengharapkan kepuasan dalam hubungan seks.

Di samping itu melihat kelamin wanita atau isterinya biasa menimbulkan akibat lain. Iaitu kemungkinan nafsunya akan cepat terangsang sehingga menimbulkan hajat yang tidak terbendung lagi. Jadi belum lagi ia merayu isterinya yang belum siap melakukan hubungan seks, ia sudah terburu-buru memaksa isterinya untuk melayani nafsunya. Sehingga benar-benar butalah hatinya, ia tidak lagi memikirkan keperluan seks isterinya melainkan hanya keperluan dirinya yang dikejar untuk mencapai kepuasan. Memang benar-benar buta ia iaitu buta hatinya.

Dengan kenyataan seperti di atas, maka kemungkinan besar larangan melihat kelamin wanita yang terdapat dalam hadis di atas merupakan tindakan moral saja agar setiap orang tidak begitu gelabah melihat kelamin wanita. Jadi buta yang dimaksudkan di dalam hadis tentunya dapat diertikan sebagai buta hati bukan buta mata yang sesungguhnya.

Islam telah menuntut umatnya ke jalan yang benar, hidup yang benar, hubungan kelamin yang benar, dalam redha Allah. Yang demikian itu dimaksukan agar semua umatnya selalu memegang prinsip yang benar dalam semua segi kehidupannya, termasuk kehidupan seksnya.



admin *Pok Cik Lan*

Analisis Barcelona Vs Mancheseter United

Assalamualaikum......  


Apa dah jadi dengan ManU? Masa menonton perlawanan sebentar tadi, aku rasa macam tengok World Cup antara Spain vs Jerman separuh akhir World Cup. 


Start game, kemain ManU serang Barca. Tapi ManU lupa Barca bukan jenis faham bahasa dan tidak putus asa. Makin lama ManU makin layu dibelai oleh Barca. 


Bab yang paling best, masa Barca control bola. Perggghhh habaq hang!! Bebudak ManU kena buli beb. 






Barca menang kerana ada 3 watak penting iaitu Messi, Iniesta dan Xavi. Dan watak yang tidak dilupakan David Villa.


Agak-agak apa akan jadi kepada pasukan Barca 10 tahun akan datang? 


tu dia habaq hang.......!!!


admin "Durian Tembaga"


anda suka posting saya?

Saturday, May 28, 2011

Ujian Minda Lelaki (PCL)

Hai


Perhatian : 
Saya admin baru, boleh panggil saya Pok Cik Lan (PCL). Pok cik Lan, Qis dan Durian Tembaga serta pemilik blog ini iaitu AnakTeruna akan bergabung idea memastikan blog ini sentiasa di update setiap masa.


Baiklah. Mari kita test minda kita semua. Agak-agak kamu,siapakah mereka di bawah ini?? 


Jante ke Tino?? Kalau tanya Pok cik dah tentu la perempuan. Mana ada jante serupo gitu.


Setiap pasagan gambar yang mana satu lelaki dan yang mana satu perempuan? 


Jawapan sebenar terletak di bawah sekali.



Ada yang jawab semua perempuan ke? Minda korang memang sama dgn Pok cik Lan. Depa ni jante yang sungguh cute. Tergoda pok cik Lan tengok. He3x

Terima kasih kepada AnakTeruna beri laluan kepada Pok Cik Lan.


admin *Pok cik Lan*

suka dengan entri Pok Cik Lan?

Friday, May 27, 2011

(Gambar) Padang Pasir Berwarna Putih

Salam,


Pernahkah anda melihat padang pasir berwarna putih?? Sekiranya anda ingin melihatnya menggunakan mata kasar boleh anda boleh pergi ke Brazil. 


Sungguh indah ciptaan Allah s.w.t


Berikut merupakan gambar padang pasir berwarna putih.



























tekan "like" untuk share..... (^_^)

MemperSetankan dan MemperHaramkan Orang Lain.

Salam,




Inilah perjuangan yang suci lagi bersih, barulah orang lain hormat 'kita' sebab 'kita' ni berani mengata orang lain. Setakat duduk atas kerusi guna jari mengata orang tak rock la. 






Cuba tengok dua org role model 'kita' ni, mempersetankan orang dan memperharamkan orang. Brutal beb. Mana ada orang UMNO berani macam depa ni, orang UMNO semua penakut. Sekarang baru la orang Pas boleh bangga sebab 'kita' punya role model ni berani ya amat.






Bukan setakat orang Melayu/Islam 'kita' persetankan, orang bukan Islam pun 'kita' berani la kawan. Tengok dekat Selangor pun dah cukup, semua arak 'kita' sudah rampas la tapi disebabkan store dah penuh 'kita' pulangkan balik. Bukan sebab takut DAP la kawan.


'Kita' perlu berbangga sebab ada dua orang yang berani mempersetankan dan memperharamkan orang lain. Bukan orang biasa yang kena tapi mufti yang kena bedal dengan kita. 


Hangpa ada?? 

Lelaki Kacak Sperma Sedikit??


Salam,


Adakah anda ini lelaki yang kacak? Jika anda rasa anda kacak, hensem, macho, atau molek anda patut meneruskan pembacaan mengenai entry ini. Wanita yang inginkan lelaki yang kacak juga perlu membaca entry ini.


Wanita sudah semestinya inginkan lelaki yang kacak untuk menjadi teman hidup, tetapi tahukah bahawa lelaki kacak hanya mengeluarkan sperma yang sedikit ketika melakukan hubungan seks. 


Berbanding dengan lelaki yang tidak kacak atau kurang daya tarikan didapati mengeluarkan sperma lebih banyak ketika melakukan hubungan seks.


Oleh itu, sekiranya wanita-wanita di luar sana yang inginkan zuriat yang banyak di alam perkahwinan. Pilihlah lelaki yang tidak mempunyai daya tarikan atau dalam lingua franca tidak hensem.


Mengapa begitu?


Kajian telah dijalankan di SINI (Lelaki Kacak Sperma Sikit)

Namun begitu, kita sebagai umat Islam harus menyerahkan segalanya kepada Allah s.w.t kerana Dia yang menentukan ajal maut, jodoh pertemuan, rezeki dan segalanya. Kita hanya merancang.



Thursday, May 26, 2011

Bercoli dan Berseluar Dalam







KUALA LUMPUR: Hanya bercoli dan berseluar dalam, itulah taktik digunakan wanita warga China yang menjalankan kegiatan pelacuran di sebuah hotel murah di Jalan Pudu.

Bagi mengaut keuntungan berganda, pelacur terbabit dikatakan turut menjalankan kegiatan pada siang hari kerana ia dikatakan mendapat banyak permintaan di kalangan lelaki kemaruk seks. 

Difahamkan, pelacur terbabit menawarkan khidmat seks kepada pelanggan terutamanya warga emas tempatan dan warga asing di sekitar medan selera hotel berkenaan dengan bayaran serendah RM10 hingga RM150 untuk sekali perkhidmatan.

Bagaimanapun, kegiatan tidak bermoral yang dijalankan bermula jam 9 pagi hingga 3 petang itu terbongkar selepas Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman yang menyerbu kawasan itu, semalam.

Dalam serbuan kira-kira jam 11.45 pagi itu, 40 wanita dipercayai pelacur ditahan ketika sedang menunggu pelanggan.



Wednesday, May 25, 2011

(Gambar) Perbuatan Seksa Diri

Salam,




Berani sungguh depa ni main cucuk-cucuk anggota badan. Yang tukang tengok ni yang rasa nyilu. ya amat. 


Kau orang tengok la sendiri............






klu nk potong bawang, cabut kat hidung je..



ini fesyen ikan............

kalau nyamuk hinggap kat tangan cmna la gamaknya......



bangang........


ular??

tekan "like" untuk share dgn kengkawan...

Misteri Jalan Kemanis - Keningau



Salam,

Ketika menontoh televisyen beberapa hari lepas, terdapat satu program di RTM1 yang berkaitan dengan misteri jalan kemanis - keningau. 

Apa yang misterinya jalan tersebut adalah kereta akan bergerak sendiri di jalan berbukit walaupun enjin dimatikan. Yang menjadi misterinya adalah, kereta tersebut bukan bergerak turun ke bawah tetapi bergerak naik ke atas bukit tanpa enjin dihidupkan. 

Adakah wujud medan magnet di bukit tersebut? 

Menurut pihak yang membuat kajian, mereka memaklumkan bahawa sebenarnya walaupun mata kasar kita melihat jalan tersebut naik ke atas tetapi yang sebenarnya jalan tersebut turun ke bawah. Aneh sungguh.

Walaubagaimanapun, kita boleh menggunakan kawasan itu untuk tujuan pelancongan. Tidak semua tempat mempunyai keanehan yang sedemikian. 

Kajian seterusnya perlu di jalankan. Berikut merupakan pandangan seorang yang pernah melalui jalan tersebut yang dipetik daripada sabahforum.


Korang tau tak, jalan raya yang menghubungkan Kimanis dengan Keningau mempunyai satu cerita misteri. 

Sebenarnya cerita misteri disebalik jalan raya tersebut tak lah baru sangat dan tak juga lama sangat. Lagi pun tidak semua orang mengetahuinya. Nak tau apa yang misterinya jalan tersebut, bah marilah..... dengar cerita saya ini. 

Baru-baru ini beberapa orang kawan saya berhajat untuk balik ke Keningau daripada KK dengan menyelusuri jalan raya kimanis-keningau, ala saja konon mau cuba jalan baru. 

Dalam perjalanan mereka, tibalah mereka ke suatu kawasan jalan berbukit. Diorang pun macam biasalah...press minyak, kasi laju sikit. Apabila suda melepasi kawasan puncak bukit tersebut, member aku tu pun macam biasa juga... mau jimat minyak so dia kasi free gear saja la. 

Apabila kreta diorang tu dah kira-kira melepasi separuh daripada kecerunan bukit tu......suddenly...tetiba ja... diorang rasa lain macam ja. 
"Ehh macam lain saja kerita ni, kanapa dia undur pi belakang ni" kata member drebar. Untuk kepastian diorang pun buka cermin dan lihat keluar. 
Alangkah takajut diurang, sebab itu kerita undur balik dengan sendiri, yang tambah lagi pelik tu... sebab dia undur naik semula ke atas bukit. 

Amacam korang pecaya ke tidak? ........Percayalah! 

kalau kamurang ndak percaya, pigi la sendiri ikut jalan tersebut. Kini suda ramai yang tau tentang misteri itu, tapi sia sendiri pun belum lagi cuba, mungkin masa cuti skola ni mau try juga lah. 

Tuesday, May 24, 2011

Gambar Sebelum Kejadian Tanah Runtuh di Hidayah Madrasah At-Taqwa

Salam,


Sungguh ceria wajah mereka pada ketika ini. 


GAMBAR yang dikatakan dirakamkan beberapa detik sebelum kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat. (21 Mei 2011) Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa..semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 beriman.

Mari sama2 kita sedekahkan al-fatihah~~~

Monday, May 23, 2011

TOP 4 : Persembahan Paling Menakjubkan di Dunia





Salam,


Mereka sering membuat persembahan di jalanan mahupun di jemputan meraikan sesuatu majlis. Mereka inilah golongan istimewa yang mempunyai bakat tersendiri, mungkin kerana usaha mereka sendiri untuk mengasah bakat mereka.


Menduduki tangga pertama "Persembahan Paling Menankjubkan" di carta AnakTeruna Michel Lauziere : The Rollerblade Bottle Tune Guy. Lelaki yang menggunakan rollerblade untuk tujuan mengeluarkan muzik yang sedap didengar.






Tangga kedua adalah Senmaru : Japanese Juggler. Lelaki ini merupakan artis jalanan yang popular di seluruh dunia dan telah mendapat tempat di hati AnakTeruna dan menduduki rangking ke 2 di dalam carta ini.





Di tangga ketiga pula adalah wakil dari Malaysia iaitu Ho Eng Hui. Lelaki ini menggunakan jarinya untuk memecahkan kelapa. Telah memegang rekod dunia acara ini. Beliau pernah patah jari pada 1993 dan merupakan seorang guru Kung Fu. 




Dan yang terakhir menduduki carta persembahan jalanan yang paling menakjubkan adalah Maradonito : Soccer Freestyler. Merupakan persembahan jalanan paling sempoi di Leidseplein Amsterdam.




p/s : jangan tanya kenapa 4 sahaja, sy suka nombor 4. 

tekan like botton untuk sebarkan..hehehe

Tuesday, May 17, 2011

INFORMASI : Blogger.com Akan Ditutup??



Salam,




Blogger.com telah mebuat sesi membaik pulih laman web berkenaan sejak 11 mei 2011, namun sehingga kini proses tersebut masih belum lagi pulih sepenuhnya. Spekulasi pun mula beedar di internet dengan khabar angin bahawa ini lah proses pembaik pulih yang paling lama dalam sejarah blogger .com dan timbul rencana bahawa laman web berkenaan akan ditutup pada 25 Jun 2011.

Seperti yang dikatakan di laman web Softpedia, Memang benar akan dilakukan penutupan pada bulan June akan datang. Tapi tenang dulu, Layanan Blogger yang di tutup tersebut bukanlah secara keseluruhannya, melainkan akaun blogger lama yang mendaftar sebelum tahun 2007.

Sebelum Blogger.com  di ambil alih oleh Google, laman web tersebut menggunakan sistem akaun mereka sendiri sehingga tahun 2006.  Setelah proses pengambil alihan dilakukan. Pengguna diminta melakukan pemindahan pada 2007.

Selama empat tahun, Ternyata intergrasi tidak dilakukan secara automatik sehingga  pada akhirnya blogger.com memutuskan akan menghapuskan akaun bagi pengguna lama. Bukan hanya akaun lama yang di berhentikan, bahkan blog yang mempunyai hubung kait dengan pengguna lama juga akan dihapuskan jika pengguna tersebut tidak melakukan pemindahan ke sistem yang baru sebelum 25 Jun 2011 ini.

Sebelum ini, Google juga menghadapi masalah yang sama di YouTube dan telah mengeluarkan peringatan serupa baru-baru ini. Mereka meminta para penggunanya untuk memiliki akun Google terlebih dahulu.
Dari infomasi semasa, pihak google akan memberi keterangan lebih lanjut sebelum penutupan dilakukan sebelum 25 Jun 2011


sumber : Klik SINI




Monday, May 16, 2011

USB Flash Drives Yang Pelik

Salam,


USB Flash Drives begitu banyak di pasaran. Pelbagai jenis bentuk dan warna boleh kita dapati, ada yang berbentuk bulat, segi empat dan macam-macam lagi. 


Berikut merupakan gambar USB Flash Drives yang tersangat unik.






boleh guna buat korek hidung...



kanak-kanak pasti akan makan..



ni kalau jatuh mesti rosak punya...



awesome..



sushi......





Sunday, May 15, 2011

Jozan Tiru Gamarjobat??

Salam,


Maharaja Lawak minggu 7 (silent comedy) tiada persembahan yang boleh dibanggakan. Man, Jambu dan Balas memperbodohkan diri di atas pentas. Amir masih dengan I`m sorry nya yang tidak lawak. Jozan, Sepah dan Nabil merupakan calon untuk juara. 


Jozan.....

Namun, saya sedikit kecewa dengan persembahan Jozan kerana mereka secara tidak langsung telah meniru aksi Gamarjobat walaupun aksi yang mereka lakukan tidak sama tetapi idea asal tersebut saling tak tumpah seperti Gamarjobat. 


Gamarjobat


Kita inginkan idea segar, bukannya meniru idea untuk jadi juara. Sekalung tahniah kepada Nabil dan Sepah kerana mereka berjaya melakukan minggu silent comedy mengikut acuan mereka sendiri. 


Sepah begitu spontan membuat silent comedy manakala Nabil walaupun kelihatan kurang menarik, tetapi usahanya harus kita hargai. 


Semua peserta telah melakukan yang terbaik, syabas kepada semua peserta. 



Fatwa Nik Aziz : Jilat Kaki Anwar?



Salam,


KUALA LUMPUR, 14 Mei — Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan mereka yang mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan video seks, yang............SINI




Inilah politik yang kita mahu, semua ahli Umno perlu jilat kaki Anwar sebab dah burukkan Anwar di mata dunia. Kamu semua kena tahu, Anwar is our future Prime Monster, kita kena la jaga dia elok-elok. 


Jangan biar dia buat yang bukan-bukan nanti kita juga yang malu. Kita kena ingat satu perkara "we have the number" (angan-angan mat jenin). 


Mengikut fatwa baru Nik Aziz sesiapa yang mengaitkan Anwar dengan video seks mirip ketua pembangkang tidak akan masuk syurga selagi tidak jilat kaki Anwar. Pergghhh!! Meruntun jiwa.


Dengan keluarnya fatwa baru Nik Aziz ini, maka secara tidak langsungnya. Nik Aziz perlu menjilat kaki Tun Mahathir, kaki Najib dan seluruh kaki ahli UMNO untuk masuk ke syurga.


Kerana apa? Kerana Nik Aziz pernah mengkafirkan orang-orang Umno.




1. "Tok Ayah Pin dicap sesat. Habis kenapa Umno tidak sesat? Sama-sama tidak kenal agama belaka. Al-Arqam sesat kerana apa? Salah akidahnya. Ayah Pin sesat, kenapa? Salah akidahnya."Umno kenapa tidak sesat lagi? Salah juga akidah. Tolak Islam, ambil (fahaman) kebangsaan. Tak usah kata kami terima Islam, kami terima Islam. Tak payah cakap banyak, aku reti juga,"- Nik Aziz Nik Mat sewaktu berceramah di Chuchoh Puteri, Manek Urai, Malaysiakini 8 Julai 2009. 


2. "Perjuangan UMNO sebenarnya amat dhalalah (sesat-sesesatnya), kerana menolak Islam dan mengasingkan politik dengan agama" - Nik Aziz Nik Mat, Harakahdaily, 8 Mac 2010.


3. "Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir" - Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.


Jadinya, marilah kita saling jilat-menjilat. "Hang jilat aku, aku jilat hang" sebab kalau tak jilat pakat tak masuk syurga la semua(syurga neraka Allah yang tentukan). 


Orang bijak ilmu agama amat diperlukan dalam politik tapi tolonglah jangan keluar fatwa ikut sedap mulut. Yang merana rakyat, yang sengsara rakyat, yang "sedap" orang politik. 


Guna pula ayat al-quran separuh-separuh sebab kalau guna ayat penuh kena kat batang hidung dia sendiri. Jadi terpaksalah dia guna separuh supaya nampak yang dia betul.   




Wallahualam..




video : nik aziz jilat anwar    <--------jangan risau bukan video 18sx. Hehehe



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...