Blogger news


LCD Text Generator at TextSpace.net

Tuesday, August 30, 2011

Panas : Identiti Makcik Sitt Al-Wuzara Terbongkar??



Salam,


Seperti yang dijanjikan oleh admin fan page "Pendedahan Eksklusif-Siapa Sebenarnya Sitt Al-Wuzara" tempoh hari. Mereka telah tunaikan janji mereka identiti sebenar Makcik Sitt Al-Wuzara yang telah menghina agama Islam dan Nabi Muhammad s.a.w


Punca identiti Sitt Al-Wuzara boleh kantoi adalah kerana...????
Arlene telah memberi email kepada orang lain tanpa dia sedar dia sedang diperhatikan.


(Klik gambar untuk besarkan)

Siapa pula Linda  Joy??

Linda Joy dan Sitt Al-Wuzara adalah orang yang sama di belakang account tersebut cuma Linda Joy itu bukanlah nama sebenar Linda Joy.


Gambar di bawah merupaka identiti Makcik Sitt Al-Wuzara dan merupakan gambar terbaru iaitu 16 Ogos 2011 yang diberikan oleh kawan baik Makcik Sitt Al-Wuzara yang bekerjasama dengan KID-CSI Team (Hebat dorang ni)

Bandingkan gambar 2008 dan 2011..

Dan bukti paling kuat yang pihak fan page tersebut keluarkan adalah Ic Makcik Sitt Al-Wuzara yang mempunyai padanan mengikut Ic yang dimuatnaik sendiri oleh Makcik Sitt Al-Wuzara di blog dia.


Nama samaran Makcik Sitt Al-Wuzara dan Linda Joy... Mari kita susun nama Linda Joy menjadi milik tuan empunya diri.... 

L.I.N.D.A

A.D.L.I.N

Adakah kebetulan??

Selamat Hari Raya Makcik Sitt Al-Wuzara...

tekan like untuk "Share"..

Monday, August 29, 2011

Kobis Gergasi Ditemui

Salam,

Wow, seorang datuk telah berjaya mencabut kobis gergasi yang ditanam di ladangnya. Kobis itu telah didermakan kepada sebuah rumah penjagaan orang tua.

Apa baja la yang dia guna gamaknya..


Pelik : Telur Kecil Di Dalam Telur Besar


Salam,

Seorang wanita menjumpai sebiji telur kecil di dalam telur besar. Kejadian ini dianggap pelik kerana jarang berlaku kes seperti ini.

Apakah sebenarnya yang berlaku?



Jadi apa pandangan korang semua?

@tekan like untuk share

Sunday, August 28, 2011

Ikan Berkepala Aligator


Salam,

Binatang ini sejenis ikan tetapi mempunyai kepala aligator. Jika di asia tenggara ikan ini amat pelik tetapi tidak bagi mereka di barat kerana ikan ini banyak dijumpai di sana.

Di asia tenggara ikan ini lebih popular dengan nama ikan kepala buaya tetapi di barat mereka memanggilnya ikan kepala aligator.

*Sedikit info perbezaan buaya dengan aligator.
Buaya dan Aligator ada perbezaan iaitu mulut Aligator lebih lebar dan dan bibir rapi menutup gigi. Manakala buaya mempunya mulut yang memanjang dan berbentuk "V".




Wanita Merosakkan Mesin ATM Menggunakan Kasut

Salam,


Polis sedang memburu seorang wanita dirakam melalui cctv merosakkan mesin ATM menggunakan kasutnya sehingga hancur.

Wanita itu kelihatan sedang merosakkan mesin ATM tersebut dan mengulanginya kali kedua dengan kasut di tangan.

Polis menganggap ini kejadian yang gila dan tidak masuk akal kerana merosakkan mesin itu hingga orang lain tidak dapat menggunakannya. Agensi

*bukan di Malaysia. ^_^


"Saya terlupa sesuatu......."

Salam,

Terlupa apa? Jom tengok video di bawah... Hehe


Boleh tak sedar ke seluar terlondeh? Adoi...


Lelaki Makan Anak Sendiri


Salam,

Seorang lelaki di Papua New Guinea telah ditangkap kerana memakan anaknya yang masih bayi di majlis sebuah keramaian.

Semua orang di majlis tersebut berasa marah dengan tindakan lelaki itu.

Mungkin lelaki itu gila...

Saturday, August 27, 2011

Akibat Taufan Irene, Ikan Jerung Berenang Di Atas Jalan Raya


Salam,

Bayangkan sedang anda menaiki kereta di dalam banjir ketika anda melihat keluar kereta terdapat seekor ikan jerung di sebelah kereta anda.

Itulah yang terjadi kepada pemandu di Puerto Rico selepas ribut Irene. Ikan jerung berenang di atas jalan raya dan bergerak bersama kereta.

Taufan Irene dijangka akan melanda bandar New York dalam masa terdekat ini. New york juga diistiharkan darurat.



(LIVE) Meteor Jatuh Di Peru

Salam,

Pernah tengok Meteor jatuh secara live? Maksud aku meteor, bukan asteroid yer. Meteor ni hanya cebisan asteroid yang telah pecah. Kalau sebijik asteroid yang jatuh, hancur dunia ni...

Posting kali ini mengenai meteor yang membelah langit di Cusco Peru.






Gadis Penari Tiang


Salam,

Di barat ramai anak gadis yang ingin belajar menjadi gadis penari tiang tapi kalau di Malaysia tak tahu la AnakTeruna ada tak anak gadis Melayu yang terlibat gejala ni atau tidak.

Harap-harap tak adalah anak gadis Melayu yang menjadi begitu.

Akibat nak jadi penari tiang jadilah macam dalam gambar di bawah..


Tikus Gergasi Ditemui di New York


Salam,




NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Seekor tikus gergasi dibunuh dengan menggunakan serampang peladang di sebuah kawasan perumahan di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Seorang pekerja projek perumahan berkenaan, Jose Rivera, 48, sedang memusnahkan lubang tikus apabila tiga ekor tikus gergasi muncul baru-baru ini.
Seekor tikus itu sepanjang hampir satu meter termasuk ekor dengan badan haiwan itu dilitupi bulu putih dan ia kelihatan gemuk.
"Saya menikam tikus itu sekali tetapi ia masih bergerak lalu saya menikam haiwan itu sekali lagi dan ia mati," kata Rivera.
Ketua Persatuan Penduduk Perumahan Marcy di Brooklyn di sini memberitahu, tikus gergasi beberapa kali dilihat berkeliaran di tempat mereka sejak sekurang-kurangnya enam tahun lalu.
Pakar-pakar haiwan mengenal pasti tikus raksaksa itu sebagai tikus spesies C. gambianos yang boleh membesar hingga satu meter dengan berat hampir dua kilogram.
Tikus itu boleh hidup selama tujuh atau lapan tahun. - Agensi

Tak sangka kota New York yang besar dan maju itu pun ada tikus gergasi. Jadi kota New York belum boleh berbangga dengan mengatakan mereka telah maju. Sedangkan tikus besar gedabak. Hehe


Ini mesti kes kuat makan, maklum ler kota besar la kan. Makanan pun banyak...

Tikus ke arnab?????

Misteri : Cahaya Di Langit


Salam,


Dua cahaya di langit yang bersinar dan dipercayai cahaya daripada UFO oleh pengkaji UFO. Objek tersebut terbang sambil mengeluarkan cahaya.

Pada pandangan AnakTeruna ini mungkin kapal terbang kerana pada waktu malam kita tak dapat melihat dengan jelas apa itu sebenarnya.




Friday, August 26, 2011

Watak Kartun Di Dunia Sebenar


Salam,

Gambar di bawah menunjukkan watak kartun dibandingkan dengan dunia sebenar dan menghasilkan persamaan yang ketara.



Ikan Duyung Telah Ditemui??

Salam,



Duyung dikatakan sebagai kisah dongeng dahulu kala kerana tiada bukti kewujudannya selain daripada Maya Karin yang menjadi ikan duyung.

Namun, misteri itu semakin terbongkar apabila pihak kami telah menemui sejenis makhluk meyerupai ikan duyung. Kenapa kami mengatakan menyerupai?

Kerana kita digambarkan duyung merupakan seorang wanita yang cantik, molek dan lote. Itu apa yang digambarkan tetapi kami menjumpai makhluk di bawah.

-----------------------------------------------------
------------------------------------------
-----------------------------
--------------
------
--


Comel tak saya?

Lelaki Tertua Di Dunia. Apa Rahsianya?

Salam,

Seorang lelaki di Cuba telah berumur 111 tahun mempunyai 11 orang anak, 40 cucu dan 15 cicit. Angka yang menarik.

Boleh dikatakan orang paling lama hidup di dunia setakat ini. Apa rahsianya?

Dia tidak memberitahu rahsia lain kecuali hanya menghisap rokok untuk hidup lebih lama. LOL!





Ketam Berjawah Makhluk Asing


Salam,

Sapa kata Predator tak wujud? Seorang nelayan berjaya menangkap sejenis ketam yang berwajah makhluk asing seperti Predator.

Mungkin juga ketam itu telah bersenggama dengan Predator dan melahirkan ketam berwajah Predator. Haha Gurau jer...


Thursday, August 25, 2011

Jambatan Berhantu


Salam,

Jambatan berhantu ini memang berhantu, dikatakan hantu Jepun pernah bercakaran bersama hantu Ju On di atas jambatan ini. Mereka saling tumbuk-menumbuk sehingga salah seekor/seorang hantu itu jatuh ke dalam gaung yang amat dalam.


Ubahsuai Kereta Menjadi Kreatif


Salam,


AnakTeruna rasa bangga melihat rekaan sesetengah manusia walaupun ciptaan itu boleh membuat kita ketawa tetapi ideanya memang asli.

Kita memang tak mampu membeli kereta mahal tapi kita mempunyai keinginan untuk memiliki kereta yang mahal dan sport. Jadi akal harus kreatif!!!



Amaciam bro??

Pari-pari Ditangkap di Mexico?

Salam,

Seorang pemuda Mexico mengakui beliau telah dapat menangkap pari-pari dan dimasukkan di dalam botol.

Betul ke ni? Ni mesti kuat tengok drama Indonesia nih. Hehe..





notaTeruna : tak minat drama Indonesia...

Scanner Buatan Sendiri


Salam,

Bukan semua orang mampu guna scanner sebab benda tu mahal dan benda tu kita jarang guna. AnakTeruna pun tak guna scanner sebab tak mampu beli lagi pun AnakTeruna tak memerlukan benda-benda tu.

Tapi macam mana kalau keadaan terdesak dan kita amat memerlukan scanner? Selain pergi ke kedai kita perlu kreatif. Hehe

Buat je macam dalam gambar di bawah ni......



Hehe..Jangan marah...^_^


Wednesday, August 24, 2011

Kepala Di Dalam Mulut Buaya


Salam,

Buaya sejenis binatang yang mempunyai rahang yang kuat. Tiada sesiapa berani memasukkan kepala ke dalam mulut buaya yang sedang terbuka.

Tetapi tidak kepada dua orang rakyat Thailand yang berani memgadaikan nyawa hanya untuk membuat persembahan.

Persembahan ini paling merupakan persembahan paling berani berbanding freestyler footbal. ^_^



NotaTeruna : tolong jangan cakap gambar ni photoshop atau pun buaya tiruan. Hehe...


Iklan Di Blog AnakTeruna


Salam,



AnakTeruna ingin memberi peluang kepada pengiklan di luar sana untuk melariskan penjualan produk atau perkhidmatan anda.

Jika berminat boleh menghubungi AnakTeruna melalui email yang disediakan di blog AnakTeruna (sebelah kanan anda)

Hanya Rm10 sebulan untuk iklan bersaiz 125x125.


Ular Dalam Mangkuk Tandas

Salam,

Seram betul tengok gambar di bawah ni. Rasa macam tak buang air besar seminggu pun tak apa. Sanggup tahan daripada jadi macam kat bawah ni.




Hati-hati sebelum menggunakan tandas mangkuk.

Tuesday, August 23, 2011

Api Terjun di Amerika?


Salam,

Di Malaysia kita sering melihat air terjun malah siap boleh mandi-manda lagi. Di Amerika terdapat sebuah api terjun. Adakah benar wujud api terjun itu?

Pada dasarnya kita akan nampak seperti api atau lava gunung berapi mengalir umpama air terjun. Tetapi di sebalik semua itu, ianya sekadar ilusi mata dan cahaya.

Cahaya memainkan peranan penting dalam memastikan air tersebut kelihatan berwarna merah seperti api. Suasana itu dapat dilihat ketika waktu senja.




Ngeri : Ulat Di Dalam Tapak Kaki

Salam,

Pastikan korang tak muntah melihat gambar di bawah ini.. 

Gambar berformat GIF ini menunjukkan terdapat ulat di dalam kaki pesakit tersebut.



Monday, August 22, 2011

Lelaki Tidur Bersama Rangka Isteri


Salam,

Seorang lelaki di Vietnam telah bertahun-tahun tinggal serumah bersama rangka isterinya. Lelaki ini menggali sendiri kubur isterinya pada tahun 2004, lalu dia mengambil tulang di kubur isterinya dan membentuk tulang-tulang tersebut mengikut bendtuk badan isterinya serta memakaikan isterinya dengan baju isterinya.





Telur Rebusan Air Kencing

Salam,

Wau, macam best je dengar tajuk posting kali ni kan...Merebus telur menggunakan air kencing kanak-kanak bawah 10 tahun.


Kenapa guna air kencing budak-budak bawah 10 tahun? Kami yang dewasa nih tak boleh ke? Hehe.. Di katakan kanak-kanak bawah 10 tahun air kencing mereka lebih bersih kerana belum kotor. Kalau macam korang yang dah besar nih, mesti la kotor segala mak nenek korang makan yer tak?

Lepas ni time kencuri kahwin korang, boleh la korang guna kaedah ini sebab pertama dapat jimat air. Kedua tak membazir air kencing budak-budak tu. Haha




Yum..Yum.....

Sunday, August 21, 2011

Sungai Chicago Berwarna Hijau


Salam,

Di bumi ini terdapat dua jenis sungai yang berwarna hijau iaitu Sungai GoldStream di Kanada dan lagi satu Sungai Chicago.

Di Kanada Sungai GoldStream atau sungai hijau terdapat di dalam hutan tetapi di Sungai Chicago ianya terletak di tengah-tengah bandar.

Menarik bukan?





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...