Blogger news


LCD Text Generator at TextSpace.net

Wednesday, June 22, 2011

Cerita BERSIH di Kampung Suatu Ketika Dahulu

Salam,

Dulu masa duduk kampung semua orang kampung akan berkumpul beramai-ramai setiap hari Sabtu. Ketua kampung habaq, pukul 8 pagi dah kena berkumpul. Aku yang masih muda ni langsung tak tau kenapa perlu berkumpul pagi-pagi ni?? Aku syak mesti ada makan free.

Boleh la aku sarapan pagi nasi lemak kukus free, kalau nak beli mahal.

"Baiklah semua, kita berkumpul pada pagi ini adalah untuk bersama-sama melakukan gotong royong supaya kampung kita BERSIH dan kita dapat mengeratkan hubungan silaturrahim" ucapan pertama Tok Ketua Kampung Barus.

Dan disambut sorakan dan teriakan orang-orang kampung. "BERSIH, BERSIH" balas orang kampung.

Aku pun tercegang seorang diri dan dalam hati aku berkata "Hah sudah, aku dah kena ni. Kalau aku tak mai pun tak pa.Cilaka!!" getus hatiku.

Maka, mereka semua termasuk aku pun telah melakukan gotong royong di kampung yang di gelar Bersih 4.0 dengan hati yang terbuka. Dan kini kampung ku telah menjadi kampung tercantik dan kampung contoh di Perak.

moral of the story : BERSIH itu bagus untuk mencantikkan tapi BERSIH 2.0 itu untuk menjahanamkan negara.

nota Teruna : aku akan bersetuju BERSIH 2.0 dilaksanakan tapi dengan syarat. Setiap peserta perlu membawa penyapu, penyodok, mop, gunting pokok dan lain-lain supaya bandaraya Kuala Lumpur menjadi lebih cantik!!

2 comments:

  1. dah bawak gunting tu ala ala kan? boleh bukak one stop centre tepi tepi jalan sekali potong rambut lelaki lelaki yang nak trim rambut tapi tak cukup modal! - bersih katanya kan?

    ReplyDelete
  2. Haha..molek juga cadangan tu. Bagi bersih semua...

    ReplyDelete

Komen yang berserta dengan pautan posting terbaru anda tidak akan di publish. Terima kasih.. Sila komen seperti biasa. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...