Blogger news


LCD Text Generator at TextSpace.net

Monday, June 20, 2011

WOW!! Kutipan KL Gangster 11 Juta

Salam,


Wow..."Bukan pasti, tetapi Insyallah". Itulah yang dipetik daripada blog Syamsul Yusof mengenai kutipan filem KL Gengster yang mencecah 11 juta untuk setakat ini. Aku di fahamkan filem tersebut masih mempunyai baki tayang di pawagam dan dijangkakan bakal bertambah sehingga 13 juta.  BURN & SOUL

Tahniah kepada Syamsul Yusof!! Mengapa filem ini begitu mendapat tempat di hati peminat?

Sebelum menjawab persoalan itu, mari kita imbas kembali dunia perfileman pada tahun-tahun yang lepas. Agak-agak korang, filem Malaysia daripada terbitan manakah yang mula-mula mendapat kutipan tertinggi sejak zaman dahulu? Sudah semestinya adalah filem terbitan Skop Production iaitu Sembilu 2 mencatat kutipan sebanyak 6.10 juta pada tahun 1995.

Sejak daripada itu bermulalah episod semua pihak terbitan bekerja lebih keras untuk mencapai tahap atau melebih pencapaian Skop Production. Hasilnya kita boleh lihat sekarang apabila MiG menjadi pesaing utama apabila filem terbitan MiG iaitu Ngangkung mendapat kutipan tertingi pada ketika ini (tidak mengambil kira KL Gengster) iaitu sebanyak 8.18 juta.



Dan kini Skop Production telah merampas kembali takhta pendahulu box-office di Malaysia dan diharapkan pihak terbitan lain juga berusaha lebih keras untuk mempermutukan filem tempatan. Inilah namanya persaingan yang sihat.

Berbalik kepada persoalan di atas, mengikut senarai filem yang dikeluarkan oleh finas di atas boleh dikatakan filem genre aksi terlalu sedikit berbanding filem seram, komedi dan cinta. Filem aksi yang ada pun belum tentu hebat. Penonton di Malaysia begitu ketagih untuk menonton filem aksi seperti filem luar, dan langkah Syamsul Yusof menerbitkan filem ini kena pada masanya. 

Bayangkan, filem Kongsi yang tidak ada hujung pangkal pun boleh mengutip 8 juta inikan pula KL Gengster. Ini menunjukkan warga tempatan terlalu dahagakan filem bergenre aksi seperti KL Gengster dan Kongsi.


2 comments:

  1. yang tak pakai baju dalam poster tu stock stock kegemaran GAY sedunia ! hehehehehheheheheheheh

    yang pakai baju bunga bunga tu adoi get a life la dude! - gangster skang pakai baju ARMANI lagi boleh? :D

    ReplyDelete
  2. Mr Pearl..
    Haha..Kesian adi putra..kuik3
    Armani? Haha...

    ReplyDelete

Komen yang berserta dengan pautan posting terbaru anda tidak akan di publish. Terima kasih.. Sila komen seperti biasa. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...