Blogger news


LCD Text Generator at TextSpace.net

Monday, April 18, 2011

Petua Masuk Hutan





Salam,


Banyak kes sekarang ni kita dengar orang kena sampuk, kena kacau jin, syaitan dan macam-macam lagi. Tapi kekadang kita tak terpikir pulak yer ngape deme kacau kita. Kita tak buat kacau pun tp deme kacau kita. Siapa yang kata?? 


Kalau korang masuk hutan, tolong jangan kencing dalam segala jenis lubang yang ada tu. Nabi larang kita kencing dalam lubang sebab ada benda di dalam tu. Ular, lipan dan kekadang "dia" pun ada dalam tu.


"Dia" tu sape AnakTeruna??


Faham-faham je le yerr. Manalah tahu "dia" tengah dok baring baik punya dalam tu, tetibe air kencing korang kena "dia". Mahu tak marahnye "dia", di tambah pulak dengan bau jering, petai, kopi janda, gano. Ha3x.


Sebab tu kalau kita masuk hutan, kita kena ramah. Ramah macam mana AnakTeruna?


Ramah tu bukan maksud kita menjerit-jerit dalam hutan macam orang tak siuman dan jangan pula kita terlebih seronok dalam hutan tu. 


Maksud ramah tu, bertegur sapa dengan segala benda dalam hutan tu. Contohnya, tepuk pokok sambil berkata "dah besar kamu ni yer, dulu kecik je aku tengok. Sekarang dah besar". Kalau "dia" ada dekat-dekat situ. Dia mungkin akan kata "owh, dia ni regular customer, toksah kacau dia ler. Dia dah pernah datang" He3x. Maksudnya, "dia" ingat korang ni dah pernah datang sini. Dan niat korang baik.


Ini la petua orang dulu kalau nak masuk hutan. 


Perkara ni bukan syirik yer. 















2 comments:

Komen yang berserta dengan pautan posting terbaru anda tidak akan di publish. Terima kasih.. Sila komen seperti biasa. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...