Salam..
1. Apakah hukumnya solat dalam gelap? Mungkin ada yang berkata makruh, sunat atau bunyi macam ni " kalau sembahyang dalam gelap nanti sembahyang dengan syaitan".
2. Jadi, perkara pokok yang perlu dijelaskan adalah sembahyang itu perlu khusyuk. Sekiranya solat dalam gelap itu dapat menjamin seorang itu khusyuk dengan itu sunat lah ia bersolat di dalam gelap. Namun sekiranya menimbulkan keraguan kepada orang lain, eloklah dibuat di dalam suasana yang terang.
3. Sekiranya ada di antara rakan-rakan kita yang bertanya sebegini, " Sedangkan Nabi selalu bangun untuk solat ditengah malam dan pada zaman nabi tiada elektrik, macam mana pula tu?". (Tanya balik rakan anda itu, adakah dia menganggap perkara (solat dalam gelap) itu sebagai sunnah nabi?)
4. Jika jawapannya "YA", maka ianya telah menyalahi hukum syarak. Syarak tidak menetapkan solat itu mesti dalam gelap atau terang. Apa yang nabi lakukan itu bersesuaian dengan zaman nabi pada ketika itu.
Sekiranya ada dakwaan mengatakan solat dalam gelap itu satu ibadat, maka ianya adalah perbuatan bid`ah dan wajib ditolak.
5. Makruhnya solat dalam gelap adalah kerana sekiranya terjatuh najis di pada tempat solat, kita tidak mengetahuinya.
huhu..thanks for ur good info..member baru tegur tadi kalo solat dlm gelap seolah2 sembah syaitan...follow u..
ReplyDeleteQema.
ReplyDeleteBanyak juga yang berkata sedemikian.
Tq sudi singah.
yup,sangat betul..
Delete