Blogger news


LCD Text Generator at TextSpace.net

Sunday, April 3, 2011

Kerana ingin menjadi Melayu.......................(<,>)



Salam, 


Anak Teruna dapat kiriman email daripada seorang pembaca, dia ni memang betul-betul Melayu pioorr..He3x 
Jom baca.


1.355km. itulah jarak aku berjogging petang tadi (berjalan actually). ramai sungguh warga Ipoh bersenam di sini. Tanahnya luas udaranya nyaman mata di cuci dengan kehijauan. Ternampak  kelibat pemakai seluar nike bersaiz S di anggota saiz L (ketat gampang). ku lihat ramai yang  berpeluh-peluh dan berketul-ketul muscle mereka bagi yang lelaki. bagi perempuannya pula mintak maaf tidak boleh diceritakan rupabentuk kemontokkannya mereka itu dikhuatiri menaikkan nafsu syahwat pembaca blog ini.yang pasti mereka juga berpeluh.


aku terus berjogging. jogging jogging jogging. dan dalam jogging itu aku terperasan majoriti yg memotong dan dipotong aku adalah dari kaum cina. 95%. terdapat cuma seorang abang, sekeluarga 3 anak beranak, sepasang suami isteri dan 3 orang tentera dari kem berdekatan dari kaum melayu yang memotong atau di potong aku.


ke mana melayu lain di padang itu? semasa datang tadi aku lihat ratusan melayu. ya, mereka kesemuanya duduk menganga sambil melantak laksa kedah dan cendol di bangku-bangku dan di tempat pakir sambil melihat orang ramai berjogging.

.....kerana tidak mahu “terkeluar”  dari menjadi orang melayu, aku turut mengikut mereka duduk sekali menganga sambil melantak laksa kedah.....aje nye ye


0 rakan berkata-kata:

Post a Comment

Komen yang berserta dengan pautan posting terbaru anda tidak akan di publish. Terima kasih.. Sila komen seperti biasa. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...