Blogger news


LCD Text Generator at TextSpace.net

Wednesday, May 4, 2011

Apa itu Kpop?

Salam, 


Sana sini bercakap pasal Kpop, apa benda tu? Lolipop ke? Aku pun tak tahu apa tu Kpop. Lepas aku cari-cari baru aku tahu apa tu Kpop. Kpop tu merujuk kepada Korean-pop. 


Apa kejadahnya yang orang Malaysia nak tiru Kpop? Boleh tara tu budak-budak Melayu sekarang ni, cuba masuk Imam Muda kan bagus. 






ha, yang ni versi korea






yg ni pula versi Malaysia...

Maaf cakap la, sekali aku tengok macam Gay pun ada, kenapa jadi macam ni nak??? Kesian kat atok. 

kering, haluss.....

Cara pakaian pun, pesyen tak cukup kain. Bukan nak mengutuk, cuba cari identiti sendiri kan bagus. Lepas aku tengok gambar ni, aku cakap tak apa la, semuanya lelaki tak ada perempuan pun. Rupa-rupanya perempuan pun sama tergedik-gedik.



yg ni versi Korea...



yang ni versi Melayu a.k.a Mpop

Muka dah lawa kau orang ni, cuba kalau pakai comel-comel, alangkah indahnya dunia ini. Hehe
Gula-gula? Mesti manis kan, baik kau orang tukar nama Lolipop tak pun Lilypop. Harap kau orang happy la ye.

posing maut, ala-ala Korea gitu...

Terlihat sahaja gambar di atas, pedang aku menjadi tidak ketahuan (pinjam ayat Balas). He3x. Diharapkan kau orang semua geng Kpop Malaysia ni, turun pada perlawanan bolasepak antara Malaysia dan Chelsea , Arsenal dan Liverpool nanti. Biar ternganga mulut team EPL. hehe


Kpop? Boleh jadi juga Kelantan-Pop. Serabut weyh....








10 Gambar 3D yang Menarik

Salam, 


Kadang-kadang kita hidup ni perlu kreativiti, dengan kreativiti kita dapat apa yang kita inginkan. Pernahkah kita terfikir, ketika kita berjalan di kaki lima tepi jalan tiba-tiba ada lubang yang sungguh dalam. Walhal ianya hanyalah ilusi. Mari kita saksikan gambar ilusi ini.






seolah-olah jalan terbelah dua



eh, hati-hati makcik, jatuh sat lagi....

alien pun ada......




wah, romantik betul....




kalau nak merasainya, kau orang semua pergi kat China



poonnn...pooonnn...bunyi keretapi




perghhh..awesome!!




kalau terjun, kompom pecah kepala




seorang manusia turun ke dunia sebenar...




jatuh kang kak....



Perrghhhhh!!!! Kalau macam ni la dia orang punya kerja, aku pun nak belajar. Agak-agak senang ke?????





(Gambar) Photoshop Fail

Salam,


Selalu orang menggunakan teknik suntingan gambar untuk kelihatan jelita. Nampak lawa tapi penipu. 



















Video : cara-cara photoshop

Politik : DNA Tak Nak, Sumpah Tak Nak, Pornograf Nak?

Salam, 



Setiap orang yang tidak berbuat salah pasti tidak akan mengakui salahnya. Sebagai contoh, anda dituduh mencuri telefon bimbit sedangkan anda tidak tahu menahu langsung mengenai telefon bimbit tersebut. Sudah pasti anda sanggup melakukan apa sahaja untuk membuktikan bahawa anda bukanlah orang yang mencuri telefon bimbit tersebut. Bagaimana cara anda untuk membuktikannya? Kalau keyakinan diri kita dah terlalu tinggi, secara tidak langsung kita sanggup untuk membuat apa sahaja bagi membuktikan kebenaran perkara ini seperti bersumpah. Yer la, benda dah kita tak buat. Buat apa kita nak takut bersumpahkan?  "Berani kerana benar, takut kerana salah"






Ok. Kalau tak nak juga tak apa, Husam Musa dah cabar Dato T untuk membuat ujian Poligraf. Orang PR yang bebal faham ke apa tu poligraf?  (Jenuh aku nak cerita satu-satu, fahamkan sendiri). Dato Eskay dah sahut cabaran tersebut tp dengan syarat iaitu Anwar Ibrahim juga perlu turut serta dalam ujian poligraf bukan pornograf yer. Dan syarat kedua mesti ditayang di semua televisyen yang ada di Malaysia. Tapi apasal Azmin halang Anwar Ibrahim untuk lakukan ujian ni? (Azmin, ko ada share dengan Anwar ke? Aku pun nak jugak). Takut kantoi ke?










 Kemain kau ni azmin, DNA Anwar pun kau cakap jangan bagi, ujian poligraf pun jangan bagi. Sekarang ni aku konpius dengan kau ni, Wan Azizah isteri Anwar ke kau isteri Anwar? Abis tu nak buat  apa? Ha, aku ada cadangan. Suruh Anwar buat PC dan suruh dia tayang "anu" dia. Great tak idea aku? (jangan p tayang betul2 sudahla)






Video : Beruk-beruk yang terlepas

Bola Sepak : Keputusan Liga Super 2011

Salam, 


Keputusan penuh perlawanan Liga Super 2011 pada 3 Mei 2011


Johor FC 0 - Kelantan 1, 

KL 1 - Sngor 3, 

N9 3 - Perak 1, 

Pahang 0 - Felda 0, 

Tganu 3 - Perlis 1, 

Kedah 1 -Sabah 1

ENTRY sebelum ini : Perak Vs Negeri Sembilan


Perak kalah tapi aku dengan Cikgu Jan masih steady. Rilex la kawan, first game Perak Vs Negeri Sembilan menang kat Perak. So bagi la pula kat Negeri Sembilan nak rasa menang dengan Perak. Bukan semua pasukan dapat rasa menang dengan Perak, terutama sekali Kelantan. Ye tak?


Kepada yob dan yong sekalian, jangan risau. Kita ada alasan yang kukuh kenapa kita tidak mahu menang pada hari ini. Alasan pertama adalah kerana padang di Stadium Paroi yang macam sawah padi. Pemain Perak pantang jumpa sawah padi, kerja nak mencucuk aje. He3x


Alasan kedua, eh kau orang tahu tak sekarang ni kat Perak musim apa? Musim 'deghoyan' tahu tak? Kebanyakkan pemain Perak penggemar durian, bila nak nyepak bola pun tak senang sebab badan panas. Maklumler durian kan panas.


Alasan ketiga, kau orang tau tak Perak kalah pada tarikh apa? Perak vs N9 pada tarikh 3 May 2011. Apa kena mengena 3 May dengan Perak? Mai sini aku nak cerita. 


Tarikh 3 May 2006 merupakan tarikh terhempasnya pesawat Airbus A320. Pesawat membawa penumpang itu terhempas ke dalam laut dan telah mengorbankan seramai 113 orang penumpang. Jadi, apa gunanya Perak perlu menang untuk perlawanan ini? 


Perak perlu menghormati hari kematian mereka. Oleh sebab itu lah mereka tidak meraikan kemenangan ini. Sudah terang lagi bersuluh, ketika Perak melakukan jaringan juga mereka tidak meraikan jaringan tersebut. He3x.


Apa-apa pun liga masih panjang. Aku harap Puna iaitu akan bermain dengan cemerlang bersama Negeri Sembilan. Siapa Puna? Rujuk Sini

Video : Cikgu Jan kena ajar pemain Perak macam ni

Tuesday, May 3, 2011

Bola Sepak : Perak Vs Negeri Sembilan dan RTM.



Salam,


Eh, kome deghoyan dah berbunga. Aku bukan nak bercerita pasal 'deghoyan' tapi nak cerita pasal bola. Pasukan mana yang kuat makan 'deghoyan' dan tempoyak? Ajenye ye! 


Sudah pasti pasukan Perak yang di sukai ramai kecuali RTM dan TV3. Sebab apa aku kata macam tu? Kalau kau orang tengok tv "time" berita sukan, jarang 'bebenor' dia orang nak tayang jaringan pasukan Perak. Cuba kalau kalah, pasukan Perak la yang 'deme' ni tayang. 


"Time" lawan Kelantan dulu pun macam tu juga, pasukan Perak berjaya gulaikan Kelantan 4 gol berbalas 0 (telur ayam tu) tapi RTM tayang gol pun tak habis. RTM tak minat Perak ke?


RTM ni mesti penyokong setia Red Giants. Menyedihkan bila tengok perlawanan Red Giants dengan Sabah. Kedua-dua pasukan main macam langau hurung taik. Sabah macam taik, Selangor macam langau hurung taik, berlegar-legar dan kejap-kejap singgah. 


Selangor tak ada akal?




Macam tu baru standard masuk tv ke? Hehe


Ok. Berbalik pada bola, malam ni Perak (Kejor Yob Kejor) akan menentang Negeri Sembilan (Musuh Habis Binasa) di Paroi, Negeri Sembilan. 


Dikhabarkan Negeri Sembilan akan menggunakan khidmat adik kepada pemain Arsenal iaitu Sagna. Adik Sagna merupakan pemain muda terhebat pada ketika ini bagi membolosi gawang Perak yang dikawal rapi oleh Kak Limah sambil menyanyi lagu "Injit-injit semut, sapa sakit naik atas".


Kat bawah ni aku sediakan gambar berserta biodata adik kepada Sagna iaitu Puna.


mukanya lagi tenang dari Sagna, bukan?

Biodata

Nama : Puna
Asal : Tampin
Hobi : Menyumpit semut
Makanan kegemaran : Nasi putih + telur dadar + sambal belacan
Cita-cita : Menternak semut untuk di nyumpit


Sekian.





Teori Konspirasi Kematian Osama Bin Laden

Salam,


Dunia digemparkan dengan kematian Osama Bin Laden. Adakah ianya sesuatu berita yang benar? Mengikut kata guru hamba, setiap berita yang keluar itu mungkin ada matlamat lain yang ingin di capai walaupun kita tidak menyedarinya. 


Berita kematian Osama juga dapat dikaitkan sebagai konspirasi pihak Amerika untuk terus menyerang negara-negara yang banyak memberi manfaat kepada negara mereka. Jika kita lihat pada penyampaian berita itu, banyak terdapat kesilapan seperti stesen fox news meletakkan nama Obama bin Laden ketika live.


"obama bin laden dead"

Adakah anda menganggap perkara ini sebagai kesilapan menaip? (typing error). Anda orang yang salah sekiranya berfikiran sedemikian. Tidak terfikirkah anda bahawa ketika OBAMA menjadi Presiden, barulah OSAMA dibunuh. Mengapa tidak kita zaman BUSH lg? 

Perkara ini meletus kerana di Amerika sendiri sedang kecoh mengenai sijil lahir Obama yang dikatakan lahir di Kenya. Untuk itu mereka perlu mewujudkan konspirasi ini untuk memastikan tiada penentangan terhadap Obama untuk pemilihan baru. 

Adakah anda percaya bahawa watak Osama Bin Laden hanya dicipta oleh Amerika untuk menguasai dunia? Pihak barat telah mengatur perancangan beratus-ratus tahun lamanya bagi memastikan mereka dapat menguasai dunia ini.



Persoalan yang timbul, mengapa mereka ingin membuang mayat Osama Bin Laden ke dalam laut? Apakah mereka risau sekiranya di tanam di darat mungkin akan mengakibatkan ada pihak yang akan mengorek semula kubur tersebut? 

Berbagai konspirasi yang mereka cipta bagi mengaburi mata penduduk bumi. Berikut gambar-gambar Osama Bin Laden yang gagal diubahsuai.

gambar yang ditayangkan


gambar 15 tahun lepas



gambar yang telah diFlipkan


superimposed yang gagal

gambar mangsa sebenar


Wallahualam.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...