Blogger news


LCD Text Generator at TextSpace.net

Friday, March 11, 2011

(Gambar) Tsunami di Japan



Japan dilanda gempa bumi sekuat 8.8 skala.

Tsunami yang amat kuatnya.

Saintis amerika keluarkan warning bahawa 19 Mac bulan berada dekat dgn bumi yg akn mengakibatkan tnunami, gempa bumi atau letusan gunung berapi.. graviti bulan yg berdekatan akan menarik atau mengaktifkan graviti bumi.. wallahuallam.







Wednesday, March 9, 2011

Shuffle Ganti Silat Dalam Majlis Perkahwinan.



Kamu semua tengok lah apa yang dah jadi dengan bangsa Melayu sekarang ni. Adat sudah tidak dijunjung lagi. Bak kata orang tua-tua, "biar mati anak, jangan mati adat"

Zaman sekarang anak-anak muda dah tak pandang semua tu agaknya. Mengapa?

Lihat video dibawah :


Inilah cara orang Yahudi menjajah negara kita!

p/s : tarian shuffle hanya untuk pondan.

Amazing Photos


Gambar 1 : pembinaan yang paling menarik.





Gambar 2 : Kesilapan televisyen.





Gambar 3 : Menarik ke membonceng?

Monday, March 7, 2011

(Jangan Ketawa) Kalau Berani Sila Cuba

Malaysian history

Dilarang senyum atau ketawa semasa menjawab, kalau tidak anda akan
digagalkan dari Ujian Sekolah Gagal Seumur Hidup (USGSH).

1. Siapakah yang membuka Melaka?
a. Param
b. Parameswari
c. Paramugari Terlampau
d. Parameswara
e. Paray

2. Pada tahun 1771, seorang penjelajah Inggeris telah tiba di sebuah
kawasan yang dikenali sebagai New Hebrides, siapakah dia?
a. Kapten Hook
b. Kapten Crook
c. Kapten Cook
d. Kapten Cool
e. Kapten Boleh

3. Siapakah yang pernah menjadi pemerintah Sarawak?
a. Brooke Shields
b. James Beruk
c. James Bond
d. Sapok Biki
e. James Brooke

4. Siapakah yang membuka Pulau Pinang?
a. Torch Light
b. Traffic Light
c. Lighter
d. Light and Easy
e. Francis Light

5. Salah seorang pahlawan melayu terbilang?
a. Tuk Janggut
b. Tuk Misai
c. Tuk Sideburn
d. Tuk Misai A Galak
e. Tuk Bulu Hidung

6. Pahlawan Melayu di Pahang?
a. Mat Kilau
b. Mat Silau
c. M Daud Kilau
d. Mat Sentul
e. Mat Rempit

7. Siapakah Residen Inggeris di Negeri Perak yang dibunuh oleh Datuk
Maharajalela?
a. Jawa Jerongos
b. J.W.W Birch
c. Jay Jay
d. J.W.Marriot
e. Jawa Rangers

8. Negara manakah yang menjajah Tanah Melayu selepas Portugis?
a. Ayam Belanda
b. Bela Anda
c. Blender
d. Belanda
e. Blunder

9. Apakah antara hantaran yang diminta Puteri Gunung Ledang kepada
Sultan Melaka?
a. 7 dulang hati nyamuk
b. 7 dulang tongkeng ayam
c. 7 dulang tahi hidung
d. 7 dulang tahi lalat
e. 7 dulang gigi arnab

10. Siapakah puteri Pahang yang mencintai Hang Tuah?
a. Tun Mahathir
b. Tan Tin Tun
c. Tun Tak Tahu Eja
d. Tun Teja
e. Tun Jane Abdullah

11. Siapakah puteri Negeri China yang berkahwin dengan Sultan Melaka?
a. Puteri Hang Li Po
b. Puteri Kepala Hotak Hang!
c. Puteri Opah Hang!
d. Puteri Hang Go Poh
e. Puteri Hang Cing

12. Ikan apakah yang melanggar Singapura?
a. Ikan Bilis
b. Ikan Masin
c. Ikan Kembung Masak Asam
d. Ikan kekek mak iloi-iloi
e. Ikan Todak

13. Siapakah Ketua Kominis Malaya?
a. CIMB Bank
b. Chin Peng
c. Soh Chin Aun
d. Chim Pan Zee
e. Chin Chau

p/s : pasti anda gagal.

Friday, February 25, 2011

Kami Bukan Bahan Projek!!! It`s about our life!!

ape la nasib cucu cicit ku nanti...

Salam...

Pada semester kali ini, kami semua diberikan soalan peperiksaan akhir dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya. Jika pada semester yang lepas soalan diberikan dalam Dwi Bahasa tetapi tidak lagi pada semester ini.

Apakah punca pihak Kementerian Pelajaran melakukan perubahan ini? Adakah untuk memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris kami atau sekadar menjadi BAHAN UJIKAJI seperti mana PPSMI yang telah dimansuhkan?

Adalah menjadi tidak adil kepada kami kerana kami semua merupakan pelajar terakhir yang belajar menggunakan kod subjek yang lama tetapi standard kertas soalan mengikut standard pelajar kod baru.

Bermula dari awal semester kami diajar dan diberi nota dalam Bahasa Malaysia, tetapi sekarang perlu menjawab soalan dalam Bahasa Inggeris (kes naya tu).

Sepatutnya kami perlu diberi pengecualian disebabkan kami masih menggunakan kod lama, berbanding dengan pelajar semester 1 dan 2 sekarang mereka mungkin tiada masalah kerana sejak dari mula telah diajar dalam Bahasa Inggeris.

Tetapi apakan daya, ku hanya mampu berserah dan pasrah (ayat sedih).

p/s : Kami bukan bahan projek mana-mana pihak!!! It`s about our life!!

Friday, February 11, 2011

5 Jenis Logo yang Berubah



Heloo der-der , bro-bro, makcik-makcik, pakcik-pakcik, sekalian....

Hari ni awak nak tunjuk kat mike semua 5 jenis logo yang berubah mengikut peredaran zaman. Awak pun baru tahu je benda alah ni. Kalau dulu orang kukuq nyok guna kukuq nyok tu, la ni orang pakai mesin nyok je. ahaks...






























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...