Blogger news


LCD Text Generator at TextSpace.net
Showing posts with label info.. Show all posts
Showing posts with label info.. Show all posts

Sunday, September 11, 2011

Kanak-Kanak Menyusu Dengan Lembu

Salam,

Seorang kanak-kanak lelaki di Kemboja yang berusia 20 bulan mula menyusu dengan lembu setelah ibu dan bapanya pergi mencari pekerjaan di kawasan bandar. Kanak-kanak tersebut tinggal bersama datuknya.

Dia mula menyusu dengan lembu setelah melihat anak lembu tersebut juga melakukan perkara yang sama. Datuknya telah melarang tetapi dia meronta-ronta ingin menyusu dengan lembu tersebut.

Apa akan jadi kepada kanak-kanak tersebut sekiranya terus menyusu dengan lembu??



Friday, September 9, 2011

Info : Gambar Planet Zuhal yang Mengagumkan

Salam,



WASHINGTON - Satu imej planet Zuhal yang mengagumkan berjaya dirakamkan oleh kapal angkasa lepas Cassini-Huygens, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Menurut seorang ahli astronomi, Robin Canup di Institut Penyelidikan Barat Daya di Boulder, Colorado, imej tersebut mengagumkan kerana bahagian malam Zuhal kelihatan bercahaya akibat lantunan cahaya gelang yang terdapat di sekelilingnya.
Kapal angkasa Cassini-Huygens merupakan projek usaha sama melibatkan Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan, Agensi Angkasa Lepas Eropah dan Agensi Angkasa Lepas Itali.
Ia dilancarkan pada 1997 dan akan terhempas di planet Zuhal pada 2017. - Agensi

Saturday, September 3, 2011

Info : Menara Kaca Di Blackpool (Skywalk)

Salam,

Terdapat sebuah menara lut sinar di Blackpool yang dikenali sebagai skywalk. Ketika anda berada di atas sana anda akan berasa seperti berada di awangan kerana menara tersebut menggunakan kaca sebagai lantai dan dinding.

Bagi mereka yang sukakan ketinggian harus cuba menaiki menara ini dan alami sendiri rasa gayat yang pasti menakutkan bagi mereka yang takut pada ketinggian.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...