Blogger news


LCD Text Generator at TextSpace.net

Monday, March 28, 2011

NASA Temui Kewujudan Dalam Tanah







Gambar hiasan


Mengenai suatu kaum yang disebut oleh ayat al-quran yang tidak memahami bahasa, Weekly World News telah mendedahkan tentang penemuan mengejutkan mengenai suatu kaum primitif yang dipanggi Mole People yang hidup 20 batu di bawah tanah, menggunakan terowong rahsia untuk memasuki United States. Penemuan ini telah dibuat bukan oleh ahli kaji purba, tetapi oleh saintis NASA yang menggali jauh ke dalam Bumi dan mereka cuba menyembunyikan kewujudan kaum ini dari pengetahuan awam.


Seorang pekerja NASA yang tidak mahu dikenali telah mendedahkan gambar-gambar eksklusif dan informasi mengenai kaum 'orang gua' ini. " Cerita ini harus diberitahu", kata sumber itu. "Ia terlalu besar untuk disorok". Sumber itu telah mendedahkan beberapa rahsia besar mengenai Mole People. "Nampaknya mereka seperti kaum yang peramah", beliau berkata, "Tetapi mereka amat primitif. Kami cuba berkomunikasi dengan mereka, tetapi ia satu kerja yang susah memandangkan mereka tidak tahu bahasa English". "Mole People, sebagaimana yang kami panggil, mempunyai laluan senang untuk ke muka Bumi (surface world)", kata sumber itu. "Dengan demikian, President Bush mengendalikan situasi ini dengan penuh berhati-hati. "Tersilap langkah boleh mengakibatkan makhluk ini mengisytiharkan perang dengan manusia di atas. Kami tidak pasti berapa jumlah mereka ini. Kami baru melihat satu bandar setakat ini, dengan anggaran 2000 orang Mole tinggal di situ. "Tetapi ada pihak yang menyatakan bahawa mungkin berjuta-juta orang Mole tinggal merata-rata di dalam bandar-bandar bawah tanah, berselerak di bawah muka Bumi".


Makhluk itu mempunyai beberapa persamaan dengan manusia dan juga sedikit perbezaan. "Seperti kita, mereka berjalan dengan dua kaki, tetapi mereka jauh lebih tinggi dari manusia biasa, setinggi 8 ke 10 kaki tinggi. Jari-jari mereka seperti kuku binatang. Dan tangan mereka juga seperti kaki itik (webbed), direka untuk mengali, bukan seperti kuku mole"


"Kulit mereka sangat kuat. Ia adalah untuk menahan panas yang melampau dan juga keadaan yang teruk di bawah Bumi". "Didapati bahawa terdapat perhubungan dan interaksi di antara manusia dengan makhluk ini suatu ketika dahulu, mereka bercakap di dalam bahasa yang hampir sama dengan dialek Navajo Lama".


Sumber itu juga menyatakan bahawa kaum Mole ini mempunyai sistem otot-otot yang sangat bersar, membuatkan mereka mampu bertindak ganas. " Apabila salah seorang ahli ekspedisi itu menyalakan rokok, kaum Mole menganggap itu sebagai satu ancaman dan terus menyerang beliau".


"Mereka mencakar dan menyerang beliau seperti kucing hutan, hampir menjatuhkan beliau bersama rokoknya. Beliau amat bertuah selamat dan hidup dari insiden itu". Kaum Mole amat berminat dengan dunia atas muka Bumi, pakaian, alat-alatan dan makanan terutamanya. Mereka amat meminati buah-buahan segar.


"Saya belikan mereka sedikit anggur dan mereka terus berpesta dan bersukaria". mengikut kata sumber". Amat jelas mereka tidak boleh menanam buah-buahan mereka sendiri memandangkan mereka tinggal 20 kaki di bawah tanah".


Bagaimanakan dengan NASA yang mana misi asalnya adalah untuk meneroka ruang angakasa, telah menjumpai kaum yang hidup di bawah muka Bumi?Jurucakap NASA tidak menafikan mahupun mengiakan laporan itu. 


Menurut sumber itu, NASA menjumpai kaum bawah tanah itu dalam bulan Ogos ketika sedang menjalankan projek rahsia yang di beri nama Opertation Mole Hole - satu inisiatif yang mana wartawan percaya ia mungkin untuk mengintip China, menggunakan "teknologi bawah tanah". 

5 comments:

  1. Va Va Voom - terima kasih sudi singgah blog Anak Teruna.

    Yb Raz - mungkin konspirasi pihak barat.

    ReplyDelete
  2. Yakjud dan Makjud agaknya... Dunia pun dah nak sampai ke penghujung. Tgu imam mahadi jer

    ReplyDelete

Komen yang berserta dengan pautan posting terbaru anda tidak akan di publish. Terima kasih.. Sila komen seperti biasa. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...