Salam,
Ok, jom kita bersembang mengenai khusyuk dalam solat. Ini semua hasil aku google di internet dan menceduk bulat-bulat disini.
Sebenarnya khusyuk dalam Solat adalah sangat-sangat dituntut seperti Firman Allah s.w.t:-
yang bermaksud “Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya”[Surah Al-Mukminun : ayat 1-2]. Firman-Nya lagi:-
"Peliharalah segala sembahyangmu dan peliharalah sembahyang utama (Asar, Subuh) dan berdirilah untuk Allah (melalui solatmu) dengan khusyuk" [Surah Al-Baqarah : ayat 238]dan ketahuilah, solat adalah ibadah utama yang akan dihisab terlebih dahulu di akhirat oleh Allah SWT, berbanding dengan amalan-amalan yang lain. Sekiranya solat seseorang itu dalam keadaan sempurna, maka barulah dihitung pula amalan yang lain. Firman Allah lagi:-
yang bermaksud : "Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya." [Surah Al-Ma'un : ayat 4-5]
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya." Nabi s.a.w bersabda lagi yang bermaksud : "Tidak ada habuan bagi seseorang hamba dalam sembahyangnya kecuali sekadar mana yang ia ingat." Hadis lain dari Rasulullah s.a.w. "Aku selalu mengingati mati dalam sembahyang". serta "Apabila kamu sembahyang anggaplah sembahyang ini sembahyang perpisahan".
boleh khusyuk ke macam ni? Kalau boleh sekalipun, apa yg cuba disampaikan melalui gambar ni sebenarnya?
Yang belakang dan tukang tangkap gambar, kenapa tak solat bersama? Kalau pun tu solat sunat, kenapa yang lain tak buat sama?
Ok, jom kita bersembang mengenai khusyuk dalam solat. Ini semua hasil aku google di internet dan menceduk bulat-bulat disini.
boleh khusyuk ke macam ni? Kalau boleh sekalipun, apa yg cuba disampaikan melalui gambar ni sebenarnya?
Yang belakang dan tukang tangkap gambar, kenapa tak solat bersama? Kalau pun tu solat sunat, kenapa yang lain tak buat sama?
0 rakan berkata-kata:
Post a Comment
Komen yang berserta dengan pautan posting terbaru anda tidak akan di publish. Terima kasih.. Sila komen seperti biasa. :)