ape la nasib cucu cicit ku nanti...
Salam...
Pada semester kali ini, kami semua diberikan soalan peperiksaan akhir dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya. Jika pada semester yang lepas soalan diberikan dalam Dwi Bahasa tetapi tidak lagi pada semester ini.
Apakah punca pihak Kementerian Pelajaran melakukan perubahan ini? Adakah untuk memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris kami atau sekadar menjadi BAHAN UJIKAJI seperti mana PPSMI yang telah dimansuhkan?
Adalah menjadi tidak adil kepada kami kerana kami semua merupakan pelajar terakhir yang belajar menggunakan kod subjek yang lama tetapi standard kertas soalan mengikut standard pelajar kod baru.
Bermula dari awal semester kami diajar dan diberi nota dalam Bahasa Malaysia, tetapi sekarang perlu menjawab soalan dalam Bahasa Inggeris (kes naya tu).
Sepatutnya kami perlu diberi pengecualian disebabkan kami masih menggunakan kod lama, berbanding dengan pelajar semester 1 dan 2 sekarang mereka mungkin tiada masalah kerana sejak dari mula telah diajar dalam Bahasa Inggeris.
Tetapi apakan daya, ku hanya mampu berserah dan pasrah (ayat sedih).
p/s : Kami bukan bahan projek mana-mana pihak!!! It`s about our life!!
0 rakan berkata-kata:
Post a Comment
Komen yang berserta dengan pautan posting terbaru anda tidak akan di publish. Terima kasih.. Sila komen seperti biasa. :)