Blogger news


LCD Text Generator at TextSpace.net

Wednesday, November 24, 2010

Luahan Gadis Terlanjur

SAYA seorang wanita yang masih belajar. Saya tahu hukum agama namun pada waktu usia muda selalu terikut-ikut ajaran syaitan.

Saya pernah terlanjur, tetapi saya sudah bertaubat.
Saya tidak lagi bersama kekasih. Sekarang saya bersyukur dipisahkan, tetapi takut menghadapi masa depan.

Saya takut hendak menjalinkan hubungan serius dengan lelaki kerana bagi saya hubungan yang dibina atas dasar kasih sayang dan nama Allah hendaklah dijalinkan dengan ikatan perkahwinan.



Saya teringin mencari lelaki beriman yang boleh membimbing saya ke syurga, tetapi berasa diri tidak layak mendapat semua itu.


Saya bimbang bakal suami tidak boleh menerima keadaan diri yang sudah terlanjur.

Saya tidak tahu hendak bercerita kepada siapa kerana tiada siapa yang tahu mengenai diri saya.

Kadangkala saya terfikir untuk terus tidak berkahwin kerana takut untuk berdepan dengan bakal suami jika dia tahu saya pernah bersama orang lain.

Saya buntu, tidak tahu apa yang patut saya lakukan.

SEDIH
Negeri Sembilan



MASALAH terlanjur berlaku akibat pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan bermula dengan suasana persekitaran seperti di rumah, sekolah dan kawan-kawan.
Oleh itu, ibu bapa perlu sentiasa berwaspada terhadap pergaulan anak gadis mereka.

Hadis Nabi ada menyatakan (maksud): “Janganlah sekali-kali seorang lelaki berduaan saja dengan seorang wanita, melainkan dengan didampingi seorang mahram.” (Hadis riwayat Bukhari)

Selepas terlanjur, tiada yang boleh dibuat selain bertaubat kepada Allah semata-mata. Dosa zina boleh dihukum sebat 100 kali sekiranya sabit kesalahan.

Bagaimanapun, anda tidak dinasihatkan mendedahkan keaiban diri kepada umum.

Ajaran Islam mengenai kesalahan zina bertujuan menjaga kesucian diri dan masyarakat daripada pergaduhan sesama sendiri dan menyekat wabak penyakit.

Dalam urusan memilih jodoh, anda dinasihatkan supaya menyuarakan keinginan kepada ibu bapa. Mereka tentu mencari jodoh yang baik.

Mencari jodoh sendiri melalui kenalan mungkin membawa fitnah dan maksiat seperti yang pernah berlaku pada diri anda.

0 rakan berkata-kata:

Post a Comment

Komen yang berserta dengan pautan posting terbaru anda tidak akan di publish. Terima kasih.. Sila komen seperti biasa. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...